Wednesday, May 12, 2010

Alya dan Atuk





Cuti sekolah mac yang lalu, umi berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan sepupu umi iaitu uncle zairin di Melaka. Umi bersama dengan alya, atuk dan opah menginap kat salah sebuah hotel di sana.

Pantang kalau check in hotel...alya pasti nak mandi kat swimming pool..Selalunya abah alya yang rajin melayan dia swimming. Tapi kali ni..terpaksa ler atuk yang layan dia. Petang tu jugak umi pi beli seluar bermuda dan t-shirt untuk atuk. Esok paginya..sebelum pi majlis kahwin..alya sempat ler bermandi manda sambil ditemani atuk. Sampai hajat dia...suka ler tu.

Sunday, April 11, 2010

Welcome back ummi

Dah hampir 6 purnama rasanya ummi tak update blog ni...sampaikan ummi dah terlupa password. Jenuh pikir..sampai nak migrain nak ingatkan kembali pasword tu. Alhamdulillah...i'm back. Tapi tak leh ler nak janji sama ada ummi akan sentiasa update blog ni atau tak..sebabnya..ummi teramat le busy nya. Insyaallah ummi akan cuba sedaya upaya update blog ni..khas utk tatapan abah alya dan juga puteri ummi kesayangan..alya amani...