Wednesday, May 12, 2010

Alya dan Atuk





Cuti sekolah mac yang lalu, umi berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan sepupu umi iaitu uncle zairin di Melaka. Umi bersama dengan alya, atuk dan opah menginap kat salah sebuah hotel di sana.

Pantang kalau check in hotel...alya pasti nak mandi kat swimming pool..Selalunya abah alya yang rajin melayan dia swimming. Tapi kali ni..terpaksa ler atuk yang layan dia. Petang tu jugak umi pi beli seluar bermuda dan t-shirt untuk atuk. Esok paginya..sebelum pi majlis kahwin..alya sempat ler bermandi manda sambil ditemani atuk. Sampai hajat dia...suka ler tu.

Sunday, April 11, 2010

Welcome back ummi

Dah hampir 6 purnama rasanya ummi tak update blog ni...sampaikan ummi dah terlupa password. Jenuh pikir..sampai nak migrain nak ingatkan kembali pasword tu. Alhamdulillah...i'm back. Tapi tak leh ler nak janji sama ada ummi akan sentiasa update blog ni atau tak..sebabnya..ummi teramat le busy nya. Insyaallah ummi akan cuba sedaya upaya update blog ni..khas utk tatapan abah alya dan juga puteri ummi kesayangan..alya amani...

Friday, October 2, 2009

Hari Raya Aidil Fitri 2009

Memandangkan hari raya pertama dah sayup meninggalkan kita...ummi jadi tak de mood nak tuliskan cerita pada hari raya yang lalu. Lagipun tak banyak gambar yang ummi amik masa raya tempohari. Pagi raya tu, waktu dah ready nak bergambar..tup2 bateri kamera ummi habis pulak. Nak bergambar pun tak berapa nak syok..anak2 buah ummi yang masih baby2 tu pulak tak nak bagi kerjasama langsung..asyik nak main dan melalak jer. Budak2 ler katakan... So layan jelahbeberapa keping gambar yang ummi dapat amik dgn hp ummi .

Atuk dan opah dgn 9 cucu2nya. Tgk ler..mcm2 gaya..ada menoleh ke belakang..ada pandang ke kanan dan kiri, ada yang menangis...

Opah bersama cucu2 dara pingitan...

Ummi dan alya...kerusi sebelah tu actually untuk abah..tapi apa kan daya!!! Nnt ummi super impose gambar abah letak kat sebelah tu yea...

Atuk, Opah, Ummi, Pak Ngah, Cik Eye, Ude dan Acu.

Ummi dan 4 orang adiknya... bonser2 belaka!

Ummi dan alya serta anak2 buah. Semuanya panggil ummi ni dgn panggilan UMMI

p/s : Ummi ada bergambar dgn adik2 ipar ummi yang 3 org tu..tapi almaklum ler tukang amik gambarnya tak pro...guna hp pulak tu..gambar agak blur..so takyah ler masukkan.



Tuesday, September 29, 2009

Semalam.....


Dah 3 hari alya batuk2..especially waktu malam..jenis batuk tak berapa nak kuat tapi non-stop.. Bagi saki baki ubat yang ada dalam peti ais..sampai habis ubat tu..still batuk. Apa lagi..kena bawa pi jumpa doktor favourite alya ler..Dr. Nik di pusat rawatan islam azzahrah.

Bukan main kuat lagi alya wish Dr.Nik "selamat hari raya dr.nik" tatkala alya masuk ke bilik dia. Setelah diperiksa..Dr.Nik kata paru2 alya berbunyi kuat..dah nak lelah. Ini kali ke3 pun. Masa alya umur setahun lebih dulu..alya pernah kena lelah jugak.

Masa salam nak balik..Dr.Nik bagi alya duit raya. Terima kasih...Dr.Nik.

Monday, September 28, 2009

MALAM RAYA

Bukan main suka ummi bila diumumkan yang semua sekolah diberi cuti khas sempena hari raya pada 18 Sept ( Jumaat ). Terasa betapa beruntungnya jadi cikgu ni..Ummi berangkat balik ke kampung pada pagi Jumaat tu..dalam jam 7.15 pagi. Jalan lengang jer..

Sampai jer ke kampung..ummi terus buat kek kukus buah2an...kena kukus 4 jam you! Lupa ler pulak nak snap gambar kek tu..Sambil menunggu kek tu masak..ummi bawa Alya pi gunting rambut dia dan jugak ummi. Rambut raya!!

Malam tu..adik2 ummi..Pak Ngah dan Cik Eye tiba. Maka riuh rendah ler umah dengan cucu2 opah atuk seramai 9 org tu. Acu pulak balik hari Sabtu.

Menjadi kebiasaan keluarga kami..apabila berkumpul ramai2..maka akan ada ler majlis BBQ. So malam raya kami pun berBBQ ler. Best giler...tapi hati ummi ni sedih gak..mengenangkan abah alya yang jauh di mata...

Ummi sempat gak snap beberapa gambar utk diabadikan dalam blog ummi ni...utk tatapan para pengunjung especially abah alya yang sudah pasti merupakan peminat no 1 blog ummi ni. Hahaha!!


Ada ayam, kambing, udang dan ikan yang telah siap diperap..tinggal nak dipanggang jer.


Pak Ngah dan Ude sibuk memanggang...dah dekat nak berbuka puasa..

dah siap dipanggang..tinggal nak ngap jer


ikan pari, cencaru dan udang..pun tinggal nak ngap jer..

sos black pepper dan air asam sebagai bahan pencicah..

nasi goreng cina..air tangan ummi..

dah namanya malam raya..atuk mesti beli lemang..rendang daging tu..opah yang masak


mushroom soup..atas permintaan mak ngah...budak2 pun suka

fruits salad

buah kabung yang dimasak dengan air gula..payah nak dapat ni..bulan pose jer selalu jumpa.

fruits cocktail

air sirap rose F&N

sambil tunggu waktu berbuka..sempat gak posing..

model malam raya

Alya's favourite soup...mushroom soup!

menggayakan topi si Nurin...

Malam tu jugak..kami menyambut ulangtahun pertama anak Pak Ngah..Nurin Nadeera. So kalau dah namanya hari jadi..mesti ada kek kan...


Birthday Girl

Kek khas utk Nurin...

ramai benar peminat yang sama2 nak tompang sekaki..tgk alya tu..naik juling bijik mata tgk kek

happy bday to nurin

tak berkelip mata alya memandang kek..org punya hari jadi..dia yang perasan hari jadi dia gak...

ceri idaman kalbu