Tuesday, September 29, 2009

Semalam.....


Dah 3 hari alya batuk2..especially waktu malam..jenis batuk tak berapa nak kuat tapi non-stop.. Bagi saki baki ubat yang ada dalam peti ais..sampai habis ubat tu..still batuk. Apa lagi..kena bawa pi jumpa doktor favourite alya ler..Dr. Nik di pusat rawatan islam azzahrah.

Bukan main kuat lagi alya wish Dr.Nik "selamat hari raya dr.nik" tatkala alya masuk ke bilik dia. Setelah diperiksa..Dr.Nik kata paru2 alya berbunyi kuat..dah nak lelah. Ini kali ke3 pun. Masa alya umur setahun lebih dulu..alya pernah kena lelah jugak.

Masa salam nak balik..Dr.Nik bagi alya duit raya. Terima kasih...Dr.Nik.

Monday, September 28, 2009

MALAM RAYA

Bukan main suka ummi bila diumumkan yang semua sekolah diberi cuti khas sempena hari raya pada 18 Sept ( Jumaat ). Terasa betapa beruntungnya jadi cikgu ni..Ummi berangkat balik ke kampung pada pagi Jumaat tu..dalam jam 7.15 pagi. Jalan lengang jer..

Sampai jer ke kampung..ummi terus buat kek kukus buah2an...kena kukus 4 jam you! Lupa ler pulak nak snap gambar kek tu..Sambil menunggu kek tu masak..ummi bawa Alya pi gunting rambut dia dan jugak ummi. Rambut raya!!

Malam tu..adik2 ummi..Pak Ngah dan Cik Eye tiba. Maka riuh rendah ler umah dengan cucu2 opah atuk seramai 9 org tu. Acu pulak balik hari Sabtu.

Menjadi kebiasaan keluarga kami..apabila berkumpul ramai2..maka akan ada ler majlis BBQ. So malam raya kami pun berBBQ ler. Best giler...tapi hati ummi ni sedih gak..mengenangkan abah alya yang jauh di mata...

Ummi sempat gak snap beberapa gambar utk diabadikan dalam blog ummi ni...utk tatapan para pengunjung especially abah alya yang sudah pasti merupakan peminat no 1 blog ummi ni. Hahaha!!


Ada ayam, kambing, udang dan ikan yang telah siap diperap..tinggal nak dipanggang jer.


Pak Ngah dan Ude sibuk memanggang...dah dekat nak berbuka puasa..

dah siap dipanggang..tinggal nak ngap jer


ikan pari, cencaru dan udang..pun tinggal nak ngap jer..

sos black pepper dan air asam sebagai bahan pencicah..

nasi goreng cina..air tangan ummi..

dah namanya malam raya..atuk mesti beli lemang..rendang daging tu..opah yang masak


mushroom soup..atas permintaan mak ngah...budak2 pun suka

fruits salad

buah kabung yang dimasak dengan air gula..payah nak dapat ni..bulan pose jer selalu jumpa.

fruits cocktail

air sirap rose F&N

sambil tunggu waktu berbuka..sempat gak posing..

model malam raya

Alya's favourite soup...mushroom soup!

menggayakan topi si Nurin...

Malam tu jugak..kami menyambut ulangtahun pertama anak Pak Ngah..Nurin Nadeera. So kalau dah namanya hari jadi..mesti ada kek kan...


Birthday Girl

Kek khas utk Nurin...

ramai benar peminat yang sama2 nak tompang sekaki..tgk alya tu..naik juling bijik mata tgk kek

happy bday to nurin

tak berkelip mata alya memandang kek..org punya hari jadi..dia yang perasan hari jadi dia gak...

ceri idaman kalbu

PERSIAPAN RAYA 3

OPERASI MENGEMAS RUMAH

Ummi memang tak sempat menjalankan operasi besar2an untuk mengemas rumah sebelum pulang beraya ke kampung. Ummi hanya sempat gantungkan langsir baru jer.
Yang lain-lain tu, memang ummi plan nak buat bila kembali dari kampung nanti.
Lagipun..rumah ummi ni tak ler berhabuk sangat sebab opah mantain kemas walupun ala kadar. Cuma ummi terlalu berhajat nak menyusun atur semula perabut2 yang ada kat ruang tamu. Yealah dah jemu ler pulak satu pesen jer sejak berzaman2. Lagi satu.. ummi terlalu berhajat nak basuh lampu.. maksud ummi nak bawa turun gelas2 kaca lampu ummi yang sememangnya tak pernah bercuci sejak dipasang berkurun dulu. Habuk yang melekat kat permukaan gelas lampu tu bukan main tebal...dah naik suram rumah ummi ni. Cahaya tak berapa nak tembus. Tapi apakan daya..takkan ummi nak panjat tangga buka lampu tu..Tak berani ummi!!!Nak tunngu
abah alya balik buat..tak berapa yakin..sebab biasanya memang tak sempat..asyik sibuk aje..
balik kg, bercuti, pi sana..pi sini.
Nasib baik berjaya pujuk acu untuk tolong ummi. Maka pada 25 Sept yang lalu... tercapai ler kesemua hajat ummi tu. Ummi dan acu beroperasi dari jam 3 ptg hinggalah ke jam 10 mlm. Hasilnya rumah ummi bukan main terang benderang lagi cahayanya.
Terima kasih acu!!

Ruang Tamu


Ruang TV


Ruang Makan

PERSIAPAN RAYA 2

BISKUT RAYA

Raya tahun ni..sepertimana tahun lepas..ummi telah menanam tekad
untuk membuat biskut raya sendiri.
Alhamdulillah..sepanjang ramadhan yang lalu..ummi berjaya menepis godaan
rakan2 ummi yang menjual beraneka macam kuih, biskut dll.
Ummi buat muka 'toye' aje setiap kali orang datang menunjukkan sampel biskut.
Sebelum2 ni..ummi ler orang pertama yang akan meng'order'. Pantang orang bawa sampel..
Maka pada minggu terakhir ramadhan, ummi pun pulun ler menyiapkan biskut2 yang ummi rancang nak buat. Pada awalnya...ummi plan nak buat 4 jenis aje seperti tahun lalu.. biskut chocolate chip, biskut sampan, biskut almond london dan cornflake madu.
Tapi..bila dah siap semuanya..ada ler pulak bahan2 lebih..seperti butter, kelapa, nestum dll. Maka ummi pun belek2 resepi2 kat internet..maka terhasillah biskut kelapa dan
biskut badam nestum.
Ummi siap buatkan untuk diberi kepada semua adik2 ummi dan juga kakak2 ipar ummi.

Ni dia foto2 biskut hasil buatan ummi...








Saturday, September 12, 2009

PERSIAPAN RAYA 1

Baju Raya Alya
.
.
.
.
.
.
.

1


2


3


4


5


6


7


8

Ummi shopping baju raya untuk anak dara ummi sebelum bulan puasa lagi..Bukan apa rasanya kalau nak shopping dalam bulan puasa rasanya memang tak larat.

Ummi shopping kat Sogo. Ummi pi Sogo bersama2 dgn Opah, Acu dan Cik Eye sekeluarga. Masa tu pun Alya tak berapa sihat. Ummi pernah ceritakan dalam "CEMAS..."

Memandangkan waktu tu kat Sogo ada sale..orang punya ler ramai. Nak pilih baju pun punya ler payah. Akhirnya..ummi memilih baju2 alya ni berdasarkan baju yang dipakaikan kat patung2 model baju. Nampak jer patung menggayakan baju ..rasa berkenan..terus ummi panggil salesgirl dan cakap.."saya nak baju kat patung tu..size dia ni" sambil menunjukkan si Alya. Cepat aje dah penuh sebakul baju. Jimat masa dan tak pening kepala. Namun..bila balik aje kat umah..buka plastik Sogo..tengok hasil shopping..baru realized..semua baju Alya adalah...SLEEVELESS!!!
Nak buat macamana..cempedak dah jadi nangka...Tak kuasa ummi nak pi ke Sogo tu balik.

Tu ler pasal ummi beli pulak cardigan kat Reject Shop di Alamanda untuk disuaipadankan dengan baju2 tu.

Opps!!baju purple no 8 tu adalah pemberian Cik Eye kepada alya. Kira macam sistem bater ler ni coz ummi pun ada belikan baju untuk anak2 cik Eye.Terima kasih Cik Eye..Alya suka sangat dengan baju tu.

Opps utk kali kedua!!....baju kurung alya masih kat kedai tukang jahit...minggu depan siap ler tu.

Kasut, Sandal dan Stokin Raya
.
.
.
.
.


Kasut dan stokin pun Ummi beli kat Sogo. Sandal bbg tu ummi beli kat kedai BATA kat Carefour Wangsa Maju. Kaki anak ummi ni memang gedabak besarnya. Tembam pulak tu. Kasut raya tahun lepas memang dah tak boleh nak masuk pun walupun langsung tak jejas lagi sebab jarang dipakai. Sandal silver bling-bling tu alya yang pilih sendiri.

Untuk ummi alya..takde pun yang dishoppingkan...macam biasa beli kain pasang awal2.. hantar kat Opahcik bulan mei lagi. Insyaallah sebelum raya siap ler tu. Lain2 tak beli pun.

Bagi ummi.... yang patut didahulukan adalah anak ummi dan anak2 saudara ummi..budak2 yang seronok nak beraya. Setiap tahun pasti ummi akan belikan kesemua anak buah ummi sepasang baju.

Tahun ni seperti tahun lepas gak..ummi nekad utk membuat biskut sendiri demi kepuasan hati ummi ni. So far ummi dah siap 4 jenis biskut...nanti ummi snap gambar yea dan update kat blog ummi ni.

Tuesday, September 8, 2009

SALAM RAMADHAN

Waduh!!Lama bangat ummi nggak ngupdate blog ummi ni yea. Busy giler!!!! Lupa pun ye. Malas pun ada sikit-sikit.

Tapi rasanya belum terlambat lagi ummi nak hulurkan salam ramadhan untuk semua pengunjung blog ummi ni...But...ada ke pengunjung yang ikuti blog ummi ni?????Paling tidak...yang ummi pasti abah alya sudah tentu pengunjung setia blog ummi ni kan...

Pejam celik..pejam celik..Hari ni dah 18 hari kita berjaya menjalani ibadat puasa. Ummi pun setakat ni belum lagi off puasa. Pada puasa yang ke-8 yang lalu, ummi sempat mengadakan majlis berbuka puasa bersama2 sedara mara ummi yang berada di sekitar Lembah Klang ni. Seronok jugak bila dapat berjumpa semua sedara mara di samping mengeratkan silaturrahim. Semuanya ada lebih 40 orang yang bersama-sama berbuka puasa di kediaman ummi. Keluarga Chikjan, Cu, Mak Andak, Shahril, Kak Long Ana, Ela, Abg Wazir dan Ayah we. Malah adik2 ummi yang dok kat ipoh dan bkt beruntung pun datang. Kan cuti sekolah waktu tu..sambung pulak sehari cuti merdeka seninnya tu.

Ummi dan opah 'berhempas pulas' memasak di dapur hari tu.Tema hidangan hari tu adalah 'Ala-ala Kampung'. Antara menu yang disediakan oleh kami ialah rendang pedas ayam, masak tempoyak sayur keladi, kerabu selom, ikan goreng, pekasam, laksa, capati dengan dalca dan sambal sardin, kuih lopes, air oren dan teh o. Ramai di kalangan tetamu yang hadir turut membawa buah tangan..mostly kuih muih ler...sampai tak muat meja dibuatnya. Ada gak yang bawa pecal dan air soya. Pendek kata..semuanya 'yum-yum-yum'

Ummi sempat gak snap beberapa keping gambar waktu tu..so tatap jelah yea...tak larat nak cerita dengan lebih lanjut lagi...


Hidangan secara buffet kat luar rumah...ala-ala santai gitu...

Ni pulak stesen buffet kuih muih kat dalam rumah..kena buat dua stesen..baru selesa sikit

Antara hidangan yang dapat disediakan oleh tuan rumah...

Berborak2 sambil menanti waktu berbuka...

Budak2 dok lepak sambil menonton tv..dalam hati depa tu mesti dok berkata2"lambat ker lagi nak berbuka ni??"...

Kanak2 yang jarang2 dapat bersua muka...ini lah masanya utk mengeratkan silaturrahim

Alahai kak ngah...dah tinggal tulang jer...tahniah! tahun lepas masa umur 6thn pun boleh puasa penuh.. tahun ni gerenti boleh penuh jugak kan...

Lepak2 kat dalam rumah...sambil melayan sikecil

Masa yang ditunggu dah pun tiba...

Opps! Ni bukan menu hidangan berbuka puasa...tapi nak tunjuk kat abah alya...buah mangga pertama yang dah masak ranum..hasil tanaman abah alya beberapa tahun yang lalu.
Manis giler!!