Sunday, May 31, 2009

MENU HARI INI

Ni Sarapan untuk pagi ni..mee goreng ala mamak dengan air teh O.



Ni pulak masakan untuk lunch. Alya cukup suka kalau makan berlaukkan ketam. Tapi jenuh ler umi nak korek2 isi ketam untuk dibagi kat dia. Memandangkan ketam ni dimasak lemak kuning bercili potong..maknanya tak pedas ler...so umi lawankan pulak dengan sambal tumis ikan bilis ala-ala kering gitu. Mengancam you! Hari ni ummi tak masak sayur sebabnya ummi dah siap2 masukkan kobis dan carrot dalam masak lemak ketam tu. So kira 2 in 1 ler. Ni ler namanya pemalas..malas nak masak macam2 jenis.






Saturday, May 30, 2009

LAWATAN KE ZOO NEGARA

Pagi tadi, bila alya terjaga dari tidur..terus tanya ummi..."ummi nak pegi mana?..nak pegi sekolah ker?". Ummi pun jawab.."hari ni ummi cuti..agaknya alya nak pegi mana?"..Actually ummi dah tau jawapan dia sebab petang semalamnya ummi ada bagitau opah yang ummi nak pi zoo cuti sekolah ni. Alya bila dia dengar jer perbualan ummi dgn opah..terus melonjak gembira..siap cakap.."Alya nak tengok animals like tiger, elephant, girrafe, lion, monkeys". So bila terjaga pagi tadi..terus le dia jawab.."alya nak pegi zoo..nak tengok animals". So dengan sepantas kilat..tanpa dipaksa..dengan mudahnya..ummi mandikan dia..siap pakai baju..tocang rambut. Kalau tak..punya le seksa nak ajak mandi.. Dengan izin abah, maka umi, alya, opah dan acu bertolak dari rumah dalam jam 9.30pagi. Berhenti sarapan di NZ Curry House Wangsa Maju...dan tiba di zoo jam 11.00 pagi.
Sampai di pintu masuk zoo..punye ler ramai manusia...budak2 sekolah pun ramai. Mermang rezeki kami nak tengok multi animals show sebab jam 11 dah start shownya. Kalau tak terpaksa ler tunggu jam 3.00 pulak for the next show. Alya punya lersuka melihat telatah lion sea, burung yang terlibat dalam show tu.
Habis jer show, bermulalah penjelajahan kami kat dalam zoo tu. Pada awalnya ingat nak ajak opah naik tram..yerlah..takut opah tak larat jalan pulak. Tapi masa ummi nak beli tiket tram..org kat kaunter siap cakap.."kak..baik akak beli kemudian..agak2 dalam 2 jam lagi..sebab orang terlampau ramai queue nak naik tram"..Aje yang ye..bila ummi tengok kat belakang tu..punya le berlengkar-lengkar manusia berbaris tunggu tram. So we decided jalan jer lah. Tanya Opah..dia kata ok aje. Janji kena berhenti2 duduk rehat. Alya dari mula lagi asyik bertanya"where is elephant"..siap cakap " oh..i forgot to bring peanut"..Dia dari semalam lagi cakap nak bagi elephant makan peanut. Mau tercekik gajah kalau makan peanut.
So kat sini ada beberapa foto yang diambil semasa di zoo.
Cuba tengok gambar2 kat atas tu..ni le pose yang paling digemari alya..tunjuk peace..Bila suruh posing jer..jari mesti buat simbol peace. Entah mana dibelajarnya?
Akhirnya kami sampai jugak ke pintu masuk zoo tadi. Maknanya kami berjaya berjalan pusing satu zoo tanpa tram. Kiranya kuat anak ummi ni berjalan. Boleh pusing satu zoo ni tanpa minta didokong walaupun dia nampak dah mula letih dan mengantuk. Sempat jugak bergambar dengan kuda dengan bayaran RM20 untuk 2 snaps sebelum kuar zoo. Dan sempat juga alya mengena ummi..beli mainan..entah apa ke namanya pun..ala-ala kipas jer ummi tengok. Jadik le..tanda kenangan2 alya pernah sampai ke zoo. Ummi ni pun yang dah tua bangka ni..inilah kali pertama jejak kaki di zoo negara. Ha..Ha..Ha. Justify Full


Thursday, May 28, 2009

MUFFINS FOR TEACHER'S DAY

ni dia muffin yang ummi buat lewat petang tadi untuk rakan2 seperjuangan ummi sempena Teacher's Day yang bakal disambut esok. Ummi nak ucapkan Happy Teacher's Day buat semua guru2 tak kira di mana berada. Meskipun Hari Guru sepatutnya disambut 16 Mei, tapi ummi percaya most of the schools kat msia ni sambut Teacher's Day pada peringkat sekolah esok. Almaklum ler..esok adalah hari terakhir persekolahan untuk semester ni..so..Happy Holidays too.....


Wednesday, May 27, 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME


Hari ni merupakan hari jadi ummi alya yang ke....sendri mau ingat lah. Sedih gak sebab seperti tahun2 lepas sambutan ulangtahun ummi alya kali ni masih tanpa suami. Tapi seperti biasa abah tetap sms wish ummi 'Selamat Ulangtahun sayang'. Harap tahun depan ummi dapat celebrate birthday ummi dgn abah pulak. Anyway..ummi nak ucap terima kasih bebanyak kat abah alya sebab meskipun jauh..tetap hantar hadiah. Jgn tak tau..thn ni ummi dapat laptop kecik pulak..DELL. Almaklum le..masa tgh sedap2 berblog utk pertama kalinya tu..tiba2 laptop umi terpadam. Maybe kena kilat kut..terus internet tak leh nak connect. Punya le susah hati ummi..almaklum le..internet le satu2nya alat selain telefon..utk mengeratkan hubungan ummi dan alya dgn abah yang nun jauh di bumi anbia. Tapi alhamdulillah..dah dapat laptop baru..so tiap2 hari boleh le bervideo conferrence dgn abah.

So abah...We love U so much.



Thursday, May 21, 2009

Hari ini dalam sejarah


HARI INI DALAM SEJARAH...buat pertama kali ummi alya berjaya create blog sendiri. Selama ini...asyik menjengah blog orang lain jer.
Sebelah ni gambar one and only daughter of ummi alya..ALYA AMANI.
Stop dulu kat sini..