Thursday, June 4, 2009

ANDAI KU TAHU

Ini merupakan antara lagu favourite ummialya. Lagu yang mengingatkan kita tentang kematian. Kalau nak dengar lagu ini..klik aje kat track no 9 kat MY FAVOURITE SONGS ummi kat sebelah ni.

ANDAI KU TAHU - Ungu

Andai kutahu kapan tiba ajalku
Ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku
Andai kutahu kapan tiba masaku
Ku akan memohon Tuhan jgn kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa2ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku

Andaiku tahu malaikat Mu kan menjemput ku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu
Aku takut akan semua dosa2 ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa2 ku
Ampuni aku menangis ku bertaubat pada Mu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas di syurga
Andai ku tahu kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada Mu

Aku takut akan semua dosa2 ku
Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa2ku
Ampuni aku menangisku bertaubat pada Mu

COOKIES FOR MAMA LYNN



Malam tadi..ummi buat merryboat cookies..@ dalam bahasa melayunya Biskut Sampan..sebab rupanya macam sampan jer khas untuk Mama Lynn yang bakal bertunang this coming Sunday.Opah janji dengan Mama Lynn nak bagi satu bekas hantaran..so pikir punya pikir..maka terhasil ler cookies ni. Resepinya mudah saje..cuma nak membuatnya..mengambil masa sikit..yealah..mula2 tekan doh dalam acuan..pastu masuk pulak doh kedua yang berkelapa..pastu..kena letak ceri pulak. Kan renyah tu.
Memandangkan ummi buat pun dah malam..ada jugak ler beberapa biskut ni yang agak gelap sikit kalernya..terlajak bakar. Nak resepi tak...ummi dapat resepi ni pun dari kawan Nyah Ti yang dok kat Sandakan.

Bahan-bahannya

Bahan A
2 buku butter
4 sb gula halus
1 biji telur
1 ct esen vanilla
tepung gandum ikut lembut

Bahan B
2 buku butter
1 cawan gula halus
200g kelapa kering
2 biji kuning telur
1 ct esen vanilla

Cara2nya
Untuk Bahan A - pukul butter dengan gula sampai kembang. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi. Pastu bubuh tepung sikit2..sampai le doh licin dan tak lekat kat tangan.
Untuk Bahan B - pukul butter dengan gula. Masuk kuning telur dan esen vanilla. Pastu masukkan kerlapa kering. Gaul ler
masukkan sikit doh A dalam acuan sampan. Tekan2 sikit. Pastu letak doh B kat tengah2. Lastly susun ler ceri hijau merah.
Bakar ler.



Biskut ni memang sedap. Ummi suka yang sedikit hangus..crunchy you!

Wednesday, June 3, 2009

OUTING WITH ALYA

Hari ni ummi dan alya pi rumah Auntie Liza, kawan sesekolah ummi. Dia buat house warming. So dalam jam 10.30 pagi ummi berangkat ler dengan alya ke sekolah ummi sebab dah janji nak car-pool dgn auntie Ruslina dan beberapa orang cikgu lain. Alya sebanarnya agak murung pagi ni tadi..waktu nak kuar umah..sebabnya opah tersayang alya tak join sekali. Opahnya malas nak ikut. Dalam perjalanan tadi..seperti biasa..dia mesti bawa buku dan pasti akan bertanya macam2 soalan dengan ummi.


Rajin anak ummi ni....moga jadi insan yang berguna kelak

Tiba2 alya berhenti membaca..dan berkata2.."ummi..alya rindu opah". Alahai alya oii..baru je tak sampai 15 min kita kuar umah..dah rindu opah ker..Alya ajak ummi balik..amik opah..Tapi ummi berjaya pujuk dia..nanti kita makan ais krim yea.

Sampai je ke sekolah..kami terus bertolak ke SMK Air Panas. Jemput mantan pengetua dan terus ke umah kak liza. Sampai jer depan pintu umah dia..terbau dah laksa johor yang sememangnya Kak liza cukup pakar dalam pembuatannya. Alya yang memang tak tau malu dan memang dalam kelaparan yang teramat sangat kut..terus minta ummi laksa. Siap tambah 2x. Alya..Alya..

Nyum..Nyum

Sedap sehingga menjilat jari...

Bila dah kekenyangan..maka kami pun berangkat ler pulang. Alya tak henti2 tagih janji..nak aiskrim..So on the way balik..ummi singgah kat Baskin Robbins kat Jusco AU2 belanja alya makan aiskrim. Alya makan aiskrim strawberry..dan ummi macam biasa mesti nak Fussions..tapi kali ni takde manggo lemon lime..ummi try berry burst. Kureng le rasanya. Sedap lagi manggo lemon lime.

smile...you are in candid camera

Masa nak balik tu otw ke tempat parking tu..nampak ler pulak mini playground. Alamak..dah le pulak kena singgah. So layan ler sekejap alya main kat situ.

Hati-hati sayang...

Nak pi mana tu? Nak pi Arab Saudi...jumpa abah

Masuk jer kereta..alya terus baring kepenatan..tak sampai 5 minit..dah hanyut dibuai mimpi. So ummi rasa hari ni ummi seronok berjalan dengan alya dan melayan karenah puteri ummi ni. Cuma ummi kadang2 terfikir..kalau ada abah alya..mesti lagi best kan!

Tuesday, June 2, 2009

SCRAPBOOKING 1

Ummi sebenarnya dah agak lama tidak terjebak dalam arena scrapbooking ni. Kira2nya dah hampir 8 purnama ummi bercuti dari melakukan hobi ummi yang satu ni. Bila dah lama berhenti tu..memang payah nak start semula. Tapi memandangkan bahan2 seperti kertas2 dan embellishments masih banyak dalam simpanan ummi...rasa sayang pulak kalau tak diteruskan hobi ni.. dan seperti biasa Kak Ruslina D sentiasa memberi semangat agar meneruskan apa yang telah dimulakan. So setelah membuat appointment untuk bertemu Kak Ruslina di sekolah dan kami sama2 ber'scrap', maka hari ni ummi telah berjaya menghasilkan 2 layouts. Seperti layout2 yang pernah ummi hasilkan dulu..tetap menumpukan ALYA AMANI sebagai modelnya. Yealah ummi ber'scrapbooking' memang untuk alya..nak mengabadikan gambar2 puteri ummi dalam kerjatangan ummi yang sememangnya agak keras tangan, tak berapa nak kreatif...tapi yang penting..semua layouts yang pernah ummi hasilkan tu..semuanya dibuat dengan penuh kasih sayang. Sayang ummi kepada puterinya.






Monday, June 1, 2009

PAGI ISNIN YANG AGAK SIBUK

Pagi ni agak sibuk buat ummi..bukannya sibuk menda..sibuk kuar ke bandar baru bangi berurusan dengan bank. Bangun jer subuh tadi..solat subuh..kira subuh gajah ler..terlajak tido..dekat jam 7 pagi baru terjaga. Terus ummi kira duit kelab guru untuk dibank in, pastu pilih2 gambar untuk dicuci..kira bil api, air, tel dan streamyx...terus kejutkan alya suruh mandi untuk kuar pagi ni. Alya punya ler mengamuk..yealah tgh syok2 tido..kena kejut. Mlm tadi dia pun tido lambat dekat jam 12mlm... teman ummi tgk movie kat HBO.

So tanpa bersarapan...mmg plan nak pekena nasi dagang kat kedai tepi pejabat pos..maka berangkat ler kami 3 generasi..alya, ummi dan opah ke bb bangi. Mula2 tuju ke pej pos..bayar bil via Drive thru..jgn ingat MCD je yang ada drive thru.. pej pos pun la ni dah ada tau. Altogether untuk bil RM245.95. Pastu singgah sarapan kat kedai ala2 pantai timur..ummi pekena nasi kerabu, opah..nasi dagang..alya nasi putih dgn ikan. Bila dah kenyang..kami meneruskan perjalanan ke Maybank pulak..alahai tak jauh sebelah pej pos tu jer. Umi bank in duit kelab guru.

Pastu destinasi seterusnya ke Tabung Haji. Opah nak masuk duit opah dan atuk..ummi pun masuk ler sikit untuk alya dan ummi. Bulan ni ummi kena kutu..so simpan untuk hari muka.

Lepas tu..ummi pi pulak kedai gambar cuci gambar2 alya waktu cuti2 ke Kuching, pi zoo dan juga gambar2 Tokbah. Petang nnt baru siap. Alya sempat pekena ummi..nak bubur ayam McD. Balik jer terus singgah kedai..beli bhn2 utk dimasak hari ni. hari ni ummi teringin nak makan meehoon soto tulang. Sampai jer umah..terus selinsing tangan baju..terus memasak. Ni ler rupanya masakan ummi hari ni. Kira sedap ler jugak.Siap ada pegedil dan sambal kicap manis2 pedas.

MEEHOON SOTO TULANG