Monday, September 28, 2009

MALAM RAYA

Bukan main suka ummi bila diumumkan yang semua sekolah diberi cuti khas sempena hari raya pada 18 Sept ( Jumaat ). Terasa betapa beruntungnya jadi cikgu ni..Ummi berangkat balik ke kampung pada pagi Jumaat tu..dalam jam 7.15 pagi. Jalan lengang jer..

Sampai jer ke kampung..ummi terus buat kek kukus buah2an...kena kukus 4 jam you! Lupa ler pulak nak snap gambar kek tu..Sambil menunggu kek tu masak..ummi bawa Alya pi gunting rambut dia dan jugak ummi. Rambut raya!!

Malam tu..adik2 ummi..Pak Ngah dan Cik Eye tiba. Maka riuh rendah ler umah dengan cucu2 opah atuk seramai 9 org tu. Acu pulak balik hari Sabtu.

Menjadi kebiasaan keluarga kami..apabila berkumpul ramai2..maka akan ada ler majlis BBQ. So malam raya kami pun berBBQ ler. Best giler...tapi hati ummi ni sedih gak..mengenangkan abah alya yang jauh di mata...

Ummi sempat gak snap beberapa gambar utk diabadikan dalam blog ummi ni...utk tatapan para pengunjung especially abah alya yang sudah pasti merupakan peminat no 1 blog ummi ni. Hahaha!!


Ada ayam, kambing, udang dan ikan yang telah siap diperap..tinggal nak dipanggang jer.


Pak Ngah dan Ude sibuk memanggang...dah dekat nak berbuka puasa..

dah siap dipanggang..tinggal nak ngap jer


ikan pari, cencaru dan udang..pun tinggal nak ngap jer..

sos black pepper dan air asam sebagai bahan pencicah..

nasi goreng cina..air tangan ummi..

dah namanya malam raya..atuk mesti beli lemang..rendang daging tu..opah yang masak


mushroom soup..atas permintaan mak ngah...budak2 pun suka

fruits salad

buah kabung yang dimasak dengan air gula..payah nak dapat ni..bulan pose jer selalu jumpa.

fruits cocktail

air sirap rose F&N

sambil tunggu waktu berbuka..sempat gak posing..

model malam raya

Alya's favourite soup...mushroom soup!

menggayakan topi si Nurin...

Malam tu jugak..kami menyambut ulangtahun pertama anak Pak Ngah..Nurin Nadeera. So kalau dah namanya hari jadi..mesti ada kek kan...


Birthday Girl

Kek khas utk Nurin...

ramai benar peminat yang sama2 nak tompang sekaki..tgk alya tu..naik juling bijik mata tgk kek

happy bday to nurin

tak berkelip mata alya memandang kek..org punya hari jadi..dia yang perasan hari jadi dia gak...

ceri idaman kalbu

No comments:

Post a Comment