Saturday, May 30, 2009

LAWATAN KE ZOO NEGARA

Pagi tadi, bila alya terjaga dari tidur..terus tanya ummi..."ummi nak pegi mana?..nak pegi sekolah ker?". Ummi pun jawab.."hari ni ummi cuti..agaknya alya nak pegi mana?"..Actually ummi dah tau jawapan dia sebab petang semalamnya ummi ada bagitau opah yang ummi nak pi zoo cuti sekolah ni. Alya bila dia dengar jer perbualan ummi dgn opah..terus melonjak gembira..siap cakap.."Alya nak tengok animals like tiger, elephant, girrafe, lion, monkeys". So bila terjaga pagi tadi..terus le dia jawab.."alya nak pegi zoo..nak tengok animals". So dengan sepantas kilat..tanpa dipaksa..dengan mudahnya..ummi mandikan dia..siap pakai baju..tocang rambut. Kalau tak..punya le seksa nak ajak mandi.. Dengan izin abah, maka umi, alya, opah dan acu bertolak dari rumah dalam jam 9.30pagi. Berhenti sarapan di NZ Curry House Wangsa Maju...dan tiba di zoo jam 11.00 pagi.
Sampai di pintu masuk zoo..punye ler ramai manusia...budak2 sekolah pun ramai. Mermang rezeki kami nak tengok multi animals show sebab jam 11 dah start shownya. Kalau tak terpaksa ler tunggu jam 3.00 pulak for the next show. Alya punya lersuka melihat telatah lion sea, burung yang terlibat dalam show tu.
Habis jer show, bermulalah penjelajahan kami kat dalam zoo tu. Pada awalnya ingat nak ajak opah naik tram..yerlah..takut opah tak larat jalan pulak. Tapi masa ummi nak beli tiket tram..org kat kaunter siap cakap.."kak..baik akak beli kemudian..agak2 dalam 2 jam lagi..sebab orang terlampau ramai queue nak naik tram"..Aje yang ye..bila ummi tengok kat belakang tu..punya le berlengkar-lengkar manusia berbaris tunggu tram. So we decided jalan jer lah. Tanya Opah..dia kata ok aje. Janji kena berhenti2 duduk rehat. Alya dari mula lagi asyik bertanya"where is elephant"..siap cakap " oh..i forgot to bring peanut"..Dia dari semalam lagi cakap nak bagi elephant makan peanut. Mau tercekik gajah kalau makan peanut.
So kat sini ada beberapa foto yang diambil semasa di zoo.
Cuba tengok gambar2 kat atas tu..ni le pose yang paling digemari alya..tunjuk peace..Bila suruh posing jer..jari mesti buat simbol peace. Entah mana dibelajarnya?
Akhirnya kami sampai jugak ke pintu masuk zoo tadi. Maknanya kami berjaya berjalan pusing satu zoo tanpa tram. Kiranya kuat anak ummi ni berjalan. Boleh pusing satu zoo ni tanpa minta didokong walaupun dia nampak dah mula letih dan mengantuk. Sempat jugak bergambar dengan kuda dengan bayaran RM20 untuk 2 snaps sebelum kuar zoo. Dan sempat juga alya mengena ummi..beli mainan..entah apa ke namanya pun..ala-ala kipas jer ummi tengok. Jadik le..tanda kenangan2 alya pernah sampai ke zoo. Ummi ni pun yang dah tua bangka ni..inilah kali pertama jejak kaki di zoo negara. Ha..Ha..Ha. Justify Full


No comments:

Post a Comment