Friday, July 24, 2009

CEMAS......

Kira-kira jam 1.30 pagi 23 Julai yakni semalam...tiba-tiba ummi dikejutkan dengan satu suara. Bunyinya macam ni..."Ummi...Ummi..alya tak boleh tidur la" sambil ditepuk-tepuknya tangan ummi bagi tujuan membangunkan ummi yang memang tengah sedap giler melayan mimpi2 indah. Sepantas kilat ummi terjaga dari beradu..Ummi bertanya kepada alya.."nape sayang tak boleh tidur?"..Jawabnya pendek sahaja.."tak tau".

Ummi pun terus bertanyakan sama ada alya nak susu ker..iye jawabnya. Lantas dalam mata tak berapa nak jelas penglihatan dan dalam terhoyong-hayang ummi pun bangun dan terus menuju ke dapur dan membancuhkan sebotol susu buat alya. Alya membontoti ummi ke dapur. Memandangkan lampu kat dapur tu agak terang pencahayaannya berbanding dengan lampu kat dalam bilik yang sekadar suram-suram jer..bermentolkan 10watt jer...dah namanya lampu tidur.. takkan ler nak terang benderang pulak kan...Maka ummi terperasan ler yang wajah anakanda ummi agak kemerah-merahan..Lantas ummi terus meletakkan tangan ke dahi dan badannya.. alamak..panas ler pulak. Demam rupanya alya.

Ummi berjaya pujuk alya untuk menelan ubat demam..satu2nya ubat yang alya masih boleh telan. PCM..kaler oren. Kalau ubat lain..cukup ler payah..siap boleh dimuntahnya kembali. Sesudah diberi ubat..maka ummi pun ajaklah alya beradu semula. Agak payah untuk alya menyambung kembali tidurnya itu...entah jam berapa dia tidur pun ummi tak tahu. Sedar-sedar je handphone ummi berbunyi menunjukkan tiba waktu ummi bangun untuk meneruskan tugas sebagai seorang pendidik. Ummi rasa badan alya masih 'dedar'..panas sikit2 tapi berpeluh.

Sebelum ummi keluar rumah subuh tu..ummi dah siap pesan kat opah agar memberi ubat PCM kat alya dalam jam 8 pagi nanti. Sekitar jam 10 pagi ummi berkesempatan bertanya khabar alya. Opah kata alya tidur..sebelum bagi ubat tadi..badannya agak panas..tapi selepas diberi ubat kembali berpeluh. Ok ler tu..ummi bercadang petang nanti ummi akan bawa alya berjumpa dengan doktor favourite dia sejak lahir lagi..yakni Dr.Nik Rose di Pusat Rawatan Islam Azzahrah Bandar Baru Bangi.

Tup-tup...waktu ummi call opah untuk kedua kalinya dalam jam 12.15 pm..opah cakap alya dah start gigil..dan taknak makan. Siap minta opah cakap dengan ummi suruh belikan bubur ayam McD. Ummi tak sedap hati..terus ummi minta kebenaran pengetua untuk pulang awal. Ummi minta opah siap..sampai jer ummi kat rumah nanti terus nak bawa alya jumpa Dr.Nik.

Setiba di rumah..ummi tengok alya lemah jer..Terus ummi ke klinik. Malangnya Dr.Nik baru jer keluar rehat...Masuk balik jam 3 ptg. So ummi ambil keputusan berjumpa dengan seorang lagi pakar kanak-kanak kat situ yakni Dr.Nazim.

Selalunya kalau alya ke sana..mesti tak duduk diam. Main dengan apa sahaja yang disediakan di sudut permainan kanak-kanak di klinik tu. Tapi kali ni berbeza benar..alya hanya terbaring lemah dalam pangkuan ummi sampai tertidur ketika menunggu giliran untuk berjumpa Dr.Nazim.

Setelah diperiksa oleh Dr.Nazim..suhu badan alya 38.8 darjah celcius dan doktor mengatakan terlalu awal untuk mengetahui punca demam..sebab baru sehari demam. Jadi doktor hanya memberikan ubat demam dan ubat sakit perut sebab alya mengadu kat doktor yang dia sakit perut.

Setelah selesai urusan di farmasi..ummi pun bawa alya ke McD dan kami lunch di sana atas permintaan alya alya nak makan di situ. Tapi alya langsung tidak menjamah bubur ayam yang diidamkan. Balik jer ke rumah..ummi berikan dia ubat. Dia berpeluh kembali dan minta disuapkan bubur tadi.

Kira-kira 2 jam selepas itu, tiba-tiba dia kembali menggigil. Ummi rasa badannya kembali panas.Ummi check suhu..39 darjah. Pelik jugak sebab baru jer 2 jam diberi ubat. Lantas ummi buat decision nak bawa alya ke unit Kecemasan Hospital Putrajaya.

Sesampai di sana..ketika diperiksa oleh MA..suhu badan alya telah melonjak kepada 42 darjah. Dengan sepantas kilat nurse di situ terus membawa alya ke dalam untuk berjumpa dengan doktor dan doktor telah memasukkan ubat ke dubur alya. Selepas tu.. sampel darah dan urine alya telah diambil. Doktor mengarahkan ummi untuk memandikan alya. Sesudah itu, alya terpaksa didrip kerana dikhuatiri badannya terhidrat akibat terlampau tinggi suhu badannya.

Ummi menunggu hampir 3 jam untuk membolehkan suhu badan alya turun sehingga 38 darjah. Sepanjang alya didrip..alya asyik merengek..kejap nak opah jaga..kejap nak ummi jaga. Kejap nak minta ummi call abah..kejap nak ummi call atuk..Tapi alhamdulillah..selepas 3 jam alya dibenarkan balik. Doktor mengatakan darah dan urine alya normal..cuma alya demam biasa. Cuma doktor pesan agar memberi ubat setiap 6 jam sekali. Seandainya in between masa nak beri ubat tu tiba2 badan panas..doktor minta ummi mandikan alya dan jangan pakaikan alya baju.

Sampai di rumah dah jam 10 malam. Terus ummi mandi dan solat isya..dan terus tidur. Tapi hakikatnya bukannya ummi boleh tidur..kejap2 rasa badan alya...Ummi dah berkira2 dalam jam 1 pagi ummi kena bagi alya ubat..Tapi sekitar jam 12.30 am..ummi rasa badan alya semakin panas dan alya mula menggigil. Terasa bahang bila ummi rapatkan pipi ummi kepadanya. Ummi kejutkan alya untuk makan ubat. Senang le pulak sebab ummi cakap kat alya..kalau alya taknak makan ubat..ummi kena masuk ubat kat bontot alya. Alya amat fobia dengan ubat bontot ni. Ummi basahkan kepala alya..ummi lap badan alya dengan air.. Alya cakap yang dia sejuk..nak pakai baju..tapi ummi ingat pesan doktor..biar dia menggigil sejuk..jangan diselimut atau pakai baju sebab dalam badannya amat panas. So sepanjang malam alya hanya berpampers sahaja tidur dan sepanjang malam ummi tak tidur.

So subuh tadi..ummi ambil keputusan untuk amik cuti rehat hari ni. Ummi tak larat nak pi ke sekolah dengan keadaan ummi yang tak cukup tidur. Lagipun ummi tak sampai hati nak tinggalkan alya yang masih lagi demam.

Alhamdulillah..sepanjang hari ni alya dah ok. Tak jadi lagi panas yang mendadak. Dia pun dah kembali aktif. Cuma hari ni alya cirit2 pulak.

Peristiwa mencemaskan ummi ini bukannya kali pertama berlaku...dah dua kali. Dalam tahun 2007 alya pernah juga demam sebegini...terpaksa ummi bawa alya ke unit Kecemasan jugak. Masa tu suhu alya 40.5 darjah. Kali ni lagi tinggi. Ummi amat berharap dan berdoa semoga alya senantiasa sihat dan dilindungi Allah. Alhamdulillah Alya ni sebenarnya jarang2 dapat penyakit..tapi kalau dah start demam atau sakit..amat merisaukan kami.

Di sini ummi sertakan foto2 alya ketika di wad kecemasan semalam. Sempat gak ummi curi2 amik foto guna hp ummi.




No comments:

Post a Comment