Thursday, August 6, 2009

CEMAS 2...

Agak lama ummi tak update blog ummi ni. Sebabnya sepangjang 2-3 minggu ni ummi sentiasa dalam keadaan yang tak berapa nak stabil..cemas..takut..sibuk dan macam-macam lagi.

Actually anakanda ummi masih belum betul2 sihat lagi sekarang. Entri yang lalu ummi ada berceritakan tentang tahap kesihatan puteri ummi yang memaksa ummi membawa alya ke unit kecemasan pada 22 Julai. Ingatkan dah ok...rupanya esoknya tu..dia start cirit2. Awalnya ummi ingatkan mungkin sebelumnya ini..alya kan demam..so maybe terlalu panas badan menyebabkan cirit2 berlaku. Nak kata kerap sangat berlaku..takle pulak. Sehari dalam 3-4 kali jer. So ummi pun buat2 rasa macam ok jerlah.

Pagi Sabtu(25Julai), alya telah cirit sekali aje..tengahari tu..ummi bawa alya menghadiri farewell party kelas 5 Cempaka yang ummi ajar kat Kelab Darul Ehsan. Alya punya le happy di kelilingi kakak2 yang rajin melayan karenahnya. Ummi pun lega sebab nampak alya semakin pulih. Malam tu alya citit lagi..2x.

Esoknya pulak..Ahad..ummi mengambil kesempatan pi shopping baju raya alya ke Sogo bersama dengan opah, acu dan cik eye sekeluarga. Sepanjang bershopping tu..alya nampak ok. Tak buang air besar pun. Dalam hati ummi berdetik..ok dah kut anak aku ni.

Namun di sebelah malamnya pulak..ummi kembali jadi risau..alya cirit semula..tapi kali ni ada sedikit darah. Berderau ummi tengok...Ummi bagitau opah..esok kita jumpa Dr.Nik.

Esoknya..opah reported kat ummi bagitau yang alya masih cirit2 campur darah. So after school, ummi terus bawa alya jumpa Dr.Nik. Dr.Nik bagitau ummi yang usus alya mungkin terluka. So dia sarankan ummi tukar susu kepada susu novalac free lactose. Dr.Nik juga bekalkan prebiotik untuk merawat usus alya.

Balik aje ke umah..ummi terus bancuhkan susu novalac untuk alya. Malangnya..alya langsung taknak minum susu tu. Tak sedap..katanya. Ummi campurkan milo..kekononnya nak ubah ler rasa susu tu sikit..pun alya taknak. Jenuh ummi pujuk..still taknak. Betul ler jugak..kalau tekak alya dah 3 tahun lebih minum susu Enfagrow..mana ler mau dia telan susu baru yang sememangnya tak berapa nak sedap..dah namanya pun susu untuk cirit2.

Esoknya tu..alya masih berak2 darah...tak boleh jadi ni..Petang tu jugak ummi bawa alya ke Hospital Ampang Puteri. Dr Lim suspek usus alya kena bacteria infection. Alya admitted kat sana. 2 malam ummi check in kat sana. 5 botol air dah masuk dalam tubuh alya. Sepanjang alya di sana..tak pulak dia buang air besar. Asyik kencing jer..sampaikan diapers terpaksa ditukar setiap 2 jam sekali.

Di sini ummi letakkan foto2 alya sepanjang berada di sana.

malam pertama di APSH. Tak berapa lena tidur dia. Tangan pulak tu takleh diam. Jam 3 pagi terpaksa panggil nurse sebab darah menitis2 kat tempat drip tu.

Foto ni diambil jam 3.30 pagi..tengah layan kartun kat portable DVD player. Nasib baik ler ummi bawa player ni..at least alya takler boring sangat. TV kat bilik ni cuma ada Cartoon Network jer..Alya lebih suka cartoon kat Playhouse Disney.

Menangis ler pulak...Marah ummi snap foto dia

Sedang bersarapan..seronok sangat sebab nurse buka drip sekejap..sebab ummi nak mandikan alya.

Pancake n Bread...Biskut tu..lebihan semalam..

Lepas sarapan..makan ubat selsema...apa lagi terus lentok...

Ni waktu minum petang..biskut kering jer cicah dengan air milo

Time to sleep...

Hari ke 3...mula ler berkreatif...selimut dijadikan bumbung...kata alya..I want to sleep in the tent

lena in the 'tent'

Doktor dan nurse pun tergelak tengok kreativiti alya...

Alya nak main hide n seek ..tak dapat nak hide jauh2..tangan masih ber'drip'...bawah selimut katil ummi pun jadik ler

Cak!!!!!

baru ada selera nak makan...yum yum yum

sebelum balik...sempat jugak pi main kat playground luar bilik

happy coz dapat balik..ummi pun happy..tak larat ler dok kat spital lama2

Setelah discharge dari APSH, esoknya ummi pi sekolah dan sebelah petangnya umi, opah, atuk dan acu serta alya berangkat balik ke kampung sebab opah nak buat kenduri sambut ramadan.

ummi ingatkan episod sakit alya dah berakhir..rupanya TIDAK! Di kampung..alya tak berapa nak main dengan sepupu2 yang lain. Asyik tidur dan mengadu sakit perut. Pastu..cirit2 pulak tapi takde darah. Ummi kembali risau. Perut Alya pun ummi tengok agak buncit...kembung semacam jer. Ramai sedara mara perasan yang alya tak berapa aktif macam selalu.

Masa pi kenduri kat rumah Tok We hari Ahad tu..Opah Yang cadangkan bawa alya pi umah mak mah kat kg Tualang Sekah. Ummi pun bawa alya jumpa mak mah. Mak mah ni bidan kampung. So dia pun urut sikit perut alya. Katanya penuh dengan angin. Dia pun bekalkan air penawar 30 juzuk Al-quran.

Alhamdulillah..perut alya kembali lembut. Tapi semalam..start balik kembung. Apa lagi..terus ummi bawa jumpa Dr.Nik. Doktor bekalkan ubat angin, ORS dan antibiotik. Alhamdulillah hari ni alya dah nampak much2 better. Buang air besar pun dah kembali normal. Perut pun dah lembut.
Doa ummi semoga puteri kesayangan ummi akan kembali pulih seperti sediakala.

5 comments:

  1. salam Ina,

    kesiannya pada alya, liza doakan dia kembali pulih seperti sediakala.

    susah hati juga kan..bila anak sakit macam nie. Ina banyakkan bersabar ya! mudah-mudahan dengan doa Ina dan Rahizam serta yang lain2.. akan memberikan kesihatan yang cemerlang buat Alya ini.

    macam mana pun, gambar-gamabar kat hospital tu..nampak macam seronok je... : )

    ReplyDelete
  2. insyaallah..hari ni pun alya semakin sihat. Cuma risau sikit sebab selsema masih ada. La ni kan musim H1N1..dah ramai mangsa terkorban. Ina pun tak pi mana2 pun..dok umah jer..takut!!!

    ReplyDelete
  3. salam kak ina...

    ciannya alya... kak ina byk2 sabar yea.. niza doakan semoga alya cepat & sentiasa sihat...

    ReplyDelete
  4. salam Ina,

    bagaimana keadaan alya hari ini? sudah sihat dia.. lama tak dengar khabar berita Ina.

    juga..selamat berpuasa buat Ina sekeluarga.

    ReplyDelete
  5. alamak..baru perasan ada komen baru dari liza dan niza
    alhamdulillah alya dah kembali sihat dan ceria. Terima kasih atas doa kalian

    ReplyDelete