Tuesday, September 8, 2009

SALAM RAMADHAN

Waduh!!Lama bangat ummi nggak ngupdate blog ummi ni yea. Busy giler!!!! Lupa pun ye. Malas pun ada sikit-sikit.

Tapi rasanya belum terlambat lagi ummi nak hulurkan salam ramadhan untuk semua pengunjung blog ummi ni...But...ada ke pengunjung yang ikuti blog ummi ni?????Paling tidak...yang ummi pasti abah alya sudah tentu pengunjung setia blog ummi ni kan...

Pejam celik..pejam celik..Hari ni dah 18 hari kita berjaya menjalani ibadat puasa. Ummi pun setakat ni belum lagi off puasa. Pada puasa yang ke-8 yang lalu, ummi sempat mengadakan majlis berbuka puasa bersama2 sedara mara ummi yang berada di sekitar Lembah Klang ni. Seronok jugak bila dapat berjumpa semua sedara mara di samping mengeratkan silaturrahim. Semuanya ada lebih 40 orang yang bersama-sama berbuka puasa di kediaman ummi. Keluarga Chikjan, Cu, Mak Andak, Shahril, Kak Long Ana, Ela, Abg Wazir dan Ayah we. Malah adik2 ummi yang dok kat ipoh dan bkt beruntung pun datang. Kan cuti sekolah waktu tu..sambung pulak sehari cuti merdeka seninnya tu.

Ummi dan opah 'berhempas pulas' memasak di dapur hari tu.Tema hidangan hari tu adalah 'Ala-ala Kampung'. Antara menu yang disediakan oleh kami ialah rendang pedas ayam, masak tempoyak sayur keladi, kerabu selom, ikan goreng, pekasam, laksa, capati dengan dalca dan sambal sardin, kuih lopes, air oren dan teh o. Ramai di kalangan tetamu yang hadir turut membawa buah tangan..mostly kuih muih ler...sampai tak muat meja dibuatnya. Ada gak yang bawa pecal dan air soya. Pendek kata..semuanya 'yum-yum-yum'

Ummi sempat gak snap beberapa keping gambar waktu tu..so tatap jelah yea...tak larat nak cerita dengan lebih lanjut lagi...


Hidangan secara buffet kat luar rumah...ala-ala santai gitu...

Ni pulak stesen buffet kuih muih kat dalam rumah..kena buat dua stesen..baru selesa sikit

Antara hidangan yang dapat disediakan oleh tuan rumah...

Berborak2 sambil menanti waktu berbuka...

Budak2 dok lepak sambil menonton tv..dalam hati depa tu mesti dok berkata2"lambat ker lagi nak berbuka ni??"...

Kanak2 yang jarang2 dapat bersua muka...ini lah masanya utk mengeratkan silaturrahim

Alahai kak ngah...dah tinggal tulang jer...tahniah! tahun lepas masa umur 6thn pun boleh puasa penuh.. tahun ni gerenti boleh penuh jugak kan...

Lepak2 kat dalam rumah...sambil melayan sikecil

Masa yang ditunggu dah pun tiba...

Opps! Ni bukan menu hidangan berbuka puasa...tapi nak tunjuk kat abah alya...buah mangga pertama yang dah masak ranum..hasil tanaman abah alya beberapa tahun yang lalu.
Manis giler!!

2 comments:

  1. salam Ina..

    Seronok nya dapat berbuka bersama keluarga...

    salam ramadhan daripada kami sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. mmg ler seronok..namun dalam hati sape yang tau kan...suami tersayang tiada di sisi.Insyaallah hubby akan balik 2minggu after raya nanti. Masalah tak de replacement kalau balik raya nnt

    ReplyDelete