Showing posts with label sarapan. Show all posts
Showing posts with label sarapan. Show all posts

Thursday, June 4, 2009

SARAPAN HARI INI


koayteow sup

Lepas je ummi siap update blog pasal cookies for mama lynn...tiba2 perut ummi ni berbunyi2 minta diisi dengan apa2 yang patut le. So bila ummi ke dapur..ummi tengok opah tengah breakfast roti sapu tuna and cheese. Alamak..tekak ummi ni tak leh ler nak makan roti ala2 gitu. Mesti nak makan yang berat2. Tu le pasal badan makin bertambah berat..Asyik melantak yang berat2 jer...

So ummi pun godek2 le peti ais tgk apa ler yang ada kat dalamnya tu. Taraaa...ada koayteow. Mula2 ingat nak goreng jer...teringat pulak anak dara ummi yang sorang ni..sape lagi kalau bukan cik Alya Amani..amat suka kalau dibuat sup berbanding dgn goreng2. Kebetulan daging ada..fishball pun ada..sayur2an pun banyak kat dalam peti ais tu..cauliflower, carrot, cellery,kobis and sawi. So dengan tanpa ada sukatan yang khusus..main campak2 ajer..maka terhasil le menu sarapan pagi ini..KOAYTEOW SUP. Ummi kalau makan sup ni mesti nak ada sambal kicap.So ummi pun buat ler sambal kicap paling simple yakni racik2 cili api..perah 2 biji limau kasturi..tonggeng kicap kipas udang yang kaler merah capnya tu..tenyeh2 sikit dgn jari..kasi mesra cili dgn kuah kicap tu..Perghhh! mengancam sungguh.


Sunday, May 31, 2009

MENU HARI INI

Ni Sarapan untuk pagi ni..mee goreng ala mamak dengan air teh O.



Ni pulak masakan untuk lunch. Alya cukup suka kalau makan berlaukkan ketam. Tapi jenuh ler umi nak korek2 isi ketam untuk dibagi kat dia. Memandangkan ketam ni dimasak lemak kuning bercili potong..maknanya tak pedas ler...so umi lawankan pulak dengan sambal tumis ikan bilis ala-ala kering gitu. Mengancam you! Hari ni ummi tak masak sayur sebabnya ummi dah siap2 masukkan kobis dan carrot dalam masak lemak ketam tu. So kira 2 in 1 ler. Ni ler namanya pemalas..malas nak masak macam2 jenis.