Friday, July 24, 2009

CEMAS......

Kira-kira jam 1.30 pagi 23 Julai yakni semalam...tiba-tiba ummi dikejutkan dengan satu suara. Bunyinya macam ni..."Ummi...Ummi..alya tak boleh tidur la" sambil ditepuk-tepuknya tangan ummi bagi tujuan membangunkan ummi yang memang tengah sedap giler melayan mimpi2 indah. Sepantas kilat ummi terjaga dari beradu..Ummi bertanya kepada alya.."nape sayang tak boleh tidur?"..Jawabnya pendek sahaja.."tak tau".

Ummi pun terus bertanyakan sama ada alya nak susu ker..iye jawabnya. Lantas dalam mata tak berapa nak jelas penglihatan dan dalam terhoyong-hayang ummi pun bangun dan terus menuju ke dapur dan membancuhkan sebotol susu buat alya. Alya membontoti ummi ke dapur. Memandangkan lampu kat dapur tu agak terang pencahayaannya berbanding dengan lampu kat dalam bilik yang sekadar suram-suram jer..bermentolkan 10watt jer...dah namanya lampu tidur.. takkan ler nak terang benderang pulak kan...Maka ummi terperasan ler yang wajah anakanda ummi agak kemerah-merahan..Lantas ummi terus meletakkan tangan ke dahi dan badannya.. alamak..panas ler pulak. Demam rupanya alya.

Ummi berjaya pujuk alya untuk menelan ubat demam..satu2nya ubat yang alya masih boleh telan. PCM..kaler oren. Kalau ubat lain..cukup ler payah..siap boleh dimuntahnya kembali. Sesudah diberi ubat..maka ummi pun ajaklah alya beradu semula. Agak payah untuk alya menyambung kembali tidurnya itu...entah jam berapa dia tidur pun ummi tak tahu. Sedar-sedar je handphone ummi berbunyi menunjukkan tiba waktu ummi bangun untuk meneruskan tugas sebagai seorang pendidik. Ummi rasa badan alya masih 'dedar'..panas sikit2 tapi berpeluh.

Sebelum ummi keluar rumah subuh tu..ummi dah siap pesan kat opah agar memberi ubat PCM kat alya dalam jam 8 pagi nanti. Sekitar jam 10 pagi ummi berkesempatan bertanya khabar alya. Opah kata alya tidur..sebelum bagi ubat tadi..badannya agak panas..tapi selepas diberi ubat kembali berpeluh. Ok ler tu..ummi bercadang petang nanti ummi akan bawa alya berjumpa dengan doktor favourite dia sejak lahir lagi..yakni Dr.Nik Rose di Pusat Rawatan Islam Azzahrah Bandar Baru Bangi.

Tup-tup...waktu ummi call opah untuk kedua kalinya dalam jam 12.15 pm..opah cakap alya dah start gigil..dan taknak makan. Siap minta opah cakap dengan ummi suruh belikan bubur ayam McD. Ummi tak sedap hati..terus ummi minta kebenaran pengetua untuk pulang awal. Ummi minta opah siap..sampai jer ummi kat rumah nanti terus nak bawa alya jumpa Dr.Nik.

Setiba di rumah..ummi tengok alya lemah jer..Terus ummi ke klinik. Malangnya Dr.Nik baru jer keluar rehat...Masuk balik jam 3 ptg. So ummi ambil keputusan berjumpa dengan seorang lagi pakar kanak-kanak kat situ yakni Dr.Nazim.

Selalunya kalau alya ke sana..mesti tak duduk diam. Main dengan apa sahaja yang disediakan di sudut permainan kanak-kanak di klinik tu. Tapi kali ni berbeza benar..alya hanya terbaring lemah dalam pangkuan ummi sampai tertidur ketika menunggu giliran untuk berjumpa Dr.Nazim.

Setelah diperiksa oleh Dr.Nazim..suhu badan alya 38.8 darjah celcius dan doktor mengatakan terlalu awal untuk mengetahui punca demam..sebab baru sehari demam. Jadi doktor hanya memberikan ubat demam dan ubat sakit perut sebab alya mengadu kat doktor yang dia sakit perut.

Setelah selesai urusan di farmasi..ummi pun bawa alya ke McD dan kami lunch di sana atas permintaan alya alya nak makan di situ. Tapi alya langsung tidak menjamah bubur ayam yang diidamkan. Balik jer ke rumah..ummi berikan dia ubat. Dia berpeluh kembali dan minta disuapkan bubur tadi.

Kira-kira 2 jam selepas itu, tiba-tiba dia kembali menggigil. Ummi rasa badannya kembali panas.Ummi check suhu..39 darjah. Pelik jugak sebab baru jer 2 jam diberi ubat. Lantas ummi buat decision nak bawa alya ke unit Kecemasan Hospital Putrajaya.

Sesampai di sana..ketika diperiksa oleh MA..suhu badan alya telah melonjak kepada 42 darjah. Dengan sepantas kilat nurse di situ terus membawa alya ke dalam untuk berjumpa dengan doktor dan doktor telah memasukkan ubat ke dubur alya. Selepas tu.. sampel darah dan urine alya telah diambil. Doktor mengarahkan ummi untuk memandikan alya. Sesudah itu, alya terpaksa didrip kerana dikhuatiri badannya terhidrat akibat terlampau tinggi suhu badannya.

Ummi menunggu hampir 3 jam untuk membolehkan suhu badan alya turun sehingga 38 darjah. Sepanjang alya didrip..alya asyik merengek..kejap nak opah jaga..kejap nak ummi jaga. Kejap nak minta ummi call abah..kejap nak ummi call atuk..Tapi alhamdulillah..selepas 3 jam alya dibenarkan balik. Doktor mengatakan darah dan urine alya normal..cuma alya demam biasa. Cuma doktor pesan agar memberi ubat setiap 6 jam sekali. Seandainya in between masa nak beri ubat tu tiba2 badan panas..doktor minta ummi mandikan alya dan jangan pakaikan alya baju.

Sampai di rumah dah jam 10 malam. Terus ummi mandi dan solat isya..dan terus tidur. Tapi hakikatnya bukannya ummi boleh tidur..kejap2 rasa badan alya...Ummi dah berkira2 dalam jam 1 pagi ummi kena bagi alya ubat..Tapi sekitar jam 12.30 am..ummi rasa badan alya semakin panas dan alya mula menggigil. Terasa bahang bila ummi rapatkan pipi ummi kepadanya. Ummi kejutkan alya untuk makan ubat. Senang le pulak sebab ummi cakap kat alya..kalau alya taknak makan ubat..ummi kena masuk ubat kat bontot alya. Alya amat fobia dengan ubat bontot ni. Ummi basahkan kepala alya..ummi lap badan alya dengan air.. Alya cakap yang dia sejuk..nak pakai baju..tapi ummi ingat pesan doktor..biar dia menggigil sejuk..jangan diselimut atau pakai baju sebab dalam badannya amat panas. So sepanjang malam alya hanya berpampers sahaja tidur dan sepanjang malam ummi tak tidur.

So subuh tadi..ummi ambil keputusan untuk amik cuti rehat hari ni. Ummi tak larat nak pi ke sekolah dengan keadaan ummi yang tak cukup tidur. Lagipun ummi tak sampai hati nak tinggalkan alya yang masih lagi demam.

Alhamdulillah..sepanjang hari ni alya dah ok. Tak jadi lagi panas yang mendadak. Dia pun dah kembali aktif. Cuma hari ni alya cirit2 pulak.

Peristiwa mencemaskan ummi ini bukannya kali pertama berlaku...dah dua kali. Dalam tahun 2007 alya pernah juga demam sebegini...terpaksa ummi bawa alya ke unit Kecemasan jugak. Masa tu suhu alya 40.5 darjah. Kali ni lagi tinggi. Ummi amat berharap dan berdoa semoga alya senantiasa sihat dan dilindungi Allah. Alhamdulillah Alya ni sebenarnya jarang2 dapat penyakit..tapi kalau dah start demam atau sakit..amat merisaukan kami.

Di sini ummi sertakan foto2 alya ketika di wad kecemasan semalam. Sempat gak ummi curi2 amik foto guna hp ummi.




Thursday, July 9, 2009

HARI YANG MELETIHKAN

Hari ini merupakan hari yang amat meletihkan. Dah ler jadual waktu ummi setiap hari khamis amat padat. Kelas yang ummi mengajar hari ni bermula dari jam 7.30 pagi dan berakhir jam 11.50 pagi. Straight 6 masa. Letihnya...pot-pet...pot-pet... mengajar..menerangkan..memberi contoh...

Habis jer kelas..ummi sibuk check register kelas form 4. Itu rutin ummi sebagai penyelaras Form 4 setiap bulan. Ini pun dah kira lambat check register..sepatutnya setiap 2hb patutnya dah beres.

Selepas solat zohor di sekolah..ummi pun pi ke pusat servis perodua..nak servis myvi ummi tu. Sejak seminggu ni..ummi macam terbau2 macam tak berapa nak sedap setiap kali ummi on aircond. Bau macam bangkai pun ada. Pada firasat ummi yang baru jer menuntut ilmu penyiasatan CSI kat TV tu..rasanya ada haiwan yang telah mengakhirkan riwayatnya kat dalam aircond ummi tu. Terpaksa kembang kempis hidung ummi kalau on aircond.Tapi seribu kali sayang..orang kat pusat servis tu kata..depa takleh nak buat apa2 coz mesin yang digunakan utk servis aircond dah rosak. Depa nasihatkan ummi agar pi hantar kat kedai servis aircond kat luar. Esok @ sabtu ni ummi nak suruh atuk bawa ke kedai aircond. Bawa keta abah jelah sehari dua ni untuk pi mana2. Tadi ummi just servis enjin dan buat anti rust. Yang ummi bengang giler...ummi terpaksa menunggu dari jam 2.30 ptg till 6.50 ptg..baru ler siap servisnya. Aduh!!!! asalnya penuh tempat menunggu tu..akhirnya tinggal ummi terkontang-kanting menunggu.

Sampai umah jer dah nak jam 8 malam..makan...solat..Hajat di hati nak lolap dah ni..tiba2 teringat pulak kepada satu tugas yang patut diemailkan kepada seseorang.

Dan mentelahkan dah buka laptop dan internet..cerah ler pulak mata ni. Tu yang dapat update cite pasai keletihan hari ni..Bukan letih buat kerja berat..tapi letih menunggu.

Ok...ummi nak lolap ler...nanti ummi update blog ummi lagi yea. Gud nite

Sunday, July 5, 2009

SCRAPBOOKING 3

Agak lama ummi menyepikan diri dalam arena memblog ni. Sibuk semacam pulak lately ni. Sibuk dengan tugasan sekolah yang tak pernah ada titik nokhtahnya dan sibuk sebagai seorang ummi kepada anakanda kesayangannya dan macam2 lagi ler. Lagipun tak berapa nak ada mood nak meng-update blog. Actually dalam 2 minggu ni hati ummi lebih teruja nak ber-scrapbooking jer. So dalam tempoh 2 minggu ni ummi dapat siapkan 7 layouts foto2 keluarga ummi tersayang especially foto anak ummi ler. Kat sini ummi letakkan layouts yang ummi buat... mungkin tak berapa nak kreatif bagi orang lain..tapi sesungguhnya ummi puas hati giler sebab semuanya hasil kerja keras tangan ummi sendiri. Alya pulak sebagai pengkritik tetap ummi dalam arena scrapbooking ni..sentiasa memberi pujian setiap kali ummi tunjukkan page yang ummi berjaya siapkan. "Cantik ler ummi" ..itu le ayat yang selalu keluar dari mulutnya. Dan sudah pasti alya sentiasa menatap album2 scrapbook ummi yang ummi buat khas untuk alya..album dari usia alya yang baru menjengah dunia hinggalah kini..dan insyaallah selagi ummi diberi kekuatan, idea dan minat berpanjangan ummi akan sentiasa menghasilkan pages untuk alya untuk masa akan datang.


alya bergambar dengan little pony kat zoo negara

sepetang ummi menjahit swirl kat layout ni..jahit tangan tau..tapi dalam gambar ni..tak nampak ler pulak.

foto ni foto lama..dah cuci lama pun..tapi baru berpeluang dijadikan satu layout. Tak tau nak letak title apa..tengok alya ada tersengih sikit..maka terhasillah SMILE

kenangan bercuti bersama abah di Kg Budaya Sarawak

abah bersama anaknya...Bunga tu pun ummi jahit tangan tau.

Kenangan hari raya tahun lalu..kat umah tok we..sedondon ummi dan alya..tema putih and pink.. abah pun ummi buatkan baju melayu putih..tapi biasa ler..abah beraya di Saudi..kami di sini.

Bergambar kenangan kat Suite Hilton Hotel..tempat penginapan kami sepanjang 4 hari 3 malam semasa bercuti di Kuching.

Monday, June 22, 2009

ANGGUR HIJAU @ GREEN GRAPES

Taraaa...tu dia buah anggur yang dah berkurun ditanam...baru nak nampak hasilnya

Nampak gayanya ada 6 butir...1 utk ummi, 1 utk alya, 1 utk opah, 1 utk atuk, 1 utk acu dan 1 utk abah..itupun kalau sempat abah balik sini...

Entri kali ni nak tunjukkan kat abah alya yang pokok anggur yang abah tanam beberapa tahun yang lalu..berkurun lama menanti..akhirnya mengeluarkan buah jua. Ummi plan dah nak tebang pokok tu..yealah..menyemak semacam jer kat pergola depan umah kita tu. Tiba hari ummi nak make clearance..alih-alih opah terpandangkan sesuatu yang pelik tapi benar di celah2 pasu pokok berduri kat sebelah bawah pergola. Opah cakap..eh..eh..dah berbuah pun anggur ni. Ummi pun teruja ler nak tengok..yealah..dah ada 6 biji buahnya. Nasib baik tak dicantas..kalau tak nyesal tak sudah. So ummi secepat kilat masuk umah amik camera..apa lagi terus snap 2-3 kali. Nak tayang kat abah..nak bagi kezutan...amacam..terkejut tak abah???

Saturday, June 20, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA 1

Lawatan Ke Kuching
( 6- 9 Feb 2009 )

Mercu tanda Bandaraya Kuching

Setiap kali abah pulang bercuti, pasti kami akan pergi bercuti. So entri kali ni, ummi nak cerita pasal percutian kami bertiga ke Kuching.

Hajat di hati asalnya, abah nak bawa ummi dan alya ke Jakarta and Bandung ...tetapi memandangkan sekarang ni bukan musim cuti sekolah..dan ummi pun payah nak cuti...almaklum ler cikgu ler katakan....so terpaksa ler pi yang dekat2 jer. So kami buat decision kita pi Kuching. Kebetulan lak 9hb tu cuti Thaipusam..dapat ler 4 hari di sana.

Maka pada 6 Feb kami berangkat ler ke Kuching dengan Air Asia. Setiba di Kuching, jam 7.30 malam kawan sekampung dan sekelas abah Uncle Fadil datang menjemput kami kat airport dan bawa kami check in kat Hotel Hilton yang terletak betul2 kat Waterfront. Lepas tu, uncle Fadil bawa kami pi ronda2 Kuching dan bawa kami pi kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Ummi apa lagi...sempat le order 15 jenis kek lapis untuk dibawa pulang untuk kengkawan dan sedara mara. Lepas tu kami dinner di Satok yakni tempat yang glamer dengan ikan terubuk masin. Masa tu, uncle perkenalkan kami makanan tradisi orang Sarawak...mee kolok. Sekadar ingin mecuba..ummi dan abah pun order ler mee yang kerinting2 ala-ala maggi tu. Sedap jugak...alya pun suka.


Ambil peluang bergambar walaupun alya sebenarnya dalam ketakutan

Esok pagi...Uncle bawa kami pi Serikin yakni bersempadan dengan Kalimantan...lebih kurang sejam lebih perjalanan dari Kuching. Tempat ni glamer dengan barang2 jualan seperti tikar, telekung, kain2 batik indon dan serba macam benda. Ummi cuma beli telekung dan kain batik jer..Tapi alya sempat pekena abah..gitar. Selagi tak dapat gitar tu..selagi itu ler merengek..

Suka ler tu..dapat apa yang dihajati..

Balik dari Serikin, kami singgah lunch kat kedai tepi jalan. Alya dan abah pekena mee kolok lagi. Ummi makan nasi ayam penyet. Uncle bagi kami guna kereta dia untuk jalan2 sekitar Kuching. So selepas kami hantar uncle balik...kami ke Muzium Kucing pulak. Mak aiii...penuh dengan replika kucing. Alya suka sangat2 ler meronda dalam muzium tu..siap berposing sakan.

Alya dah takut tengok pintu masuk muzium..macam nak makan orang jer mulut kucing tu

Bila dah masuk ke dalam muzium..sakan bergambar pulak..tak takut langsung

Macam2 pose digaya dek Alya

Lihat pipiku..gebu kan...

beraksi sama dengan kucing kat belakang

Lepas tu kami singgah ke Pasar Satok yang memang dibuka pada setiap Sabtu petang. Actually masa tu, kami teramat ler letih..tapi gagahi juga mengharungi manusia yang memang ramai giler waktu tu semata2 nak beli ikan terubuk masin. Akhirnya sekotak terubuk..15 ekor semuanya dapat dibeli. Terus balik hotel untuk melepaskan lelah.

Petang tu, kami sempat ler jugak bawa alya mandi kat pool hotel tu. Yelah..dah merengek2 nak swimming. Malamnya pulak abah bercadang nak dinner kat Barok...restoran seafood yang terletak di seberang sungai Sarawak yang bertentangan dengan hotel ni. Actually tak jauh tempat tu..nyeberang sungai jer. Hati ni teringin gak nak naik bot penambang. So malam tu kami pun untuk pertama kali dalam hidup ni..naik ler bot penambang tu. Mak aii..rasanya itulah kali pertama dan terakhir kami naik. Kecut perut dok kat dalam tu. Tambahan pulak bila ditanya..pernah tak ada bot karam..jawab si adik yang naik bersama kami tu..ada kak...lagi ler kecut. Tak lama naiknya..tak sampai 10 minit pun..tapi rasanya macam 10 jam.. Punya ler rasa takut sebab kena naik lagi lepas makan nanti. Alya siap cakap.."Ummi..Alya taknak naik bot lagi tau." syukur alhamdulillah..kami selamat. Kat Barok tu..alya sekali lagi pekena mee kolok. Ummi dan abah makan nasi dan aneka seafood.

time to swim

tu dia bot penambang yang kami naik...eeee..menakutkan

Esok pagi, kami berangkat pulak ke Kg Budaya. Jauh ler jugak..tapi senang jer nak pi sebab banyak papan tanda. OK gak kat situ..melawat 7 jenis rumah suku kaum Sarawak..Iban, Melanau, Bidayuh, Penan,Orang Ulu, Melayu dan Cina. Tapi yang tak berapa nak best..tiket masuknya agak mahal...RM60 seorang. Kalau macam kami kiranya masih ok lagi sebab berdua...cuba bayangkan kalau famili tu ada 3-4 orang anak..melayang gak dekat RM300. Sepatutnya kena kurangkan ler sikit bayaran masuk demi untuk menggalakkan pelancong datang melawat.

Alya not in the mood...baru bangun tido...

meniti titian usang...

Kat sini..kalau orang yang sakit2 lutut @ gayat..dilarang sama sekali masuk..buat rugi jer. Bukan apa..jenuh gak berjalan dari satu rumah ke ruimah lain. Pulak tu..rumahnya tinggi2 belaka. Kalau kena waktunya..ada ler show kat setiap rumah tu..ala2 show Selamat datang..Kalau tak.. sekadar melihat2 isi rumah jer lah. Kami hari tu..sempat ler jugak tengok show kat umah Melayu dan Melanau. Tarian Joget dan Tarian Buluh.

kuatnya anak ummi...

rumah bidayuh...dalam tu ada tengkorak tau...seram!!!

Abah tengah interview abang penan...

abah berposing dengan abang Iban..lupa le pulak namanya..tapi amat peramah

Di rumah Orang Ulu..punya le tinggi umahnya...

Ini rumah Melanau...kan betul ummi cakap..tinggi sungguh..

Cuma yang bestnya kat sini..ada show kat auditorium. Tarian2 suku kaum sarawak. Sewaktu kami tiba kat sini, show sebelah pagi baru jer tamat. So kami terpaksa ler tunggu show kedua jam 4 petang. So nak tak nak..terpaksa ler kami dok kat dalam kawasan tu dekat 4 jam. Kami sempat jugak lunch kat restoran kat situ..apa lagi pekena mee kolok lagi.

show time...
Keluar dari Kg Budaya tu dah jam 5 petang. Kami sempat singgah ke rumah Zul dan Fizah. Depa ni dulu tinggal berjiran dengan kami. Kami dinner kat rumah depa ni. Terima kasih buat zul dan fizah atas dinner yang disaji untuk kami.

Alya dan hazim..anak kepada zul dan fizah

Malam tu kami ke rumah Uncle Fadil untuk memulangkan kereta. On the way balik ke Hotel, Uncle sekali lagi bawa kami makan kat Satok. Kira supper ler tu. Dia kata nak bawa kami makan mee kolok yang dikatakan tersedap. So sekali lagi, kami menjamu mee kolok. Tapi memang ler rasanya ini lah mee kolok yang terbest setelah makan beberapa kali di beberapa tempat berasingan.

Esoknya pulak..memandangkan hari tu adalah hari terakhir kami di Kuching..kami mengambil kesempatan berjalan2 di sekitar waterfront. Ummi sempat shopping kain pasang bermotifkan sarawak. Sempat gak beli tshirt dan sikit cenderamata.
Masa pi tu tak terasa pun berjalan agak jauh meninggalkan hotel..waktu nak balik..dah tak larat nak jalan pun..naik teksi jer.

Jalan2 sepanjang waterfront

bebas bermain....

mana2 pergi..mesti ada replika kucing..itu ler pasal nama bandarnya pun KUCHING

berpinar bijik mata nak pilih..yang mana satu idaman kalbu

Flight balik jam 4 petang...So kami sempat lagi lunch kat airport..dan seperti biasa mee kolok lagi sebagai hidangan. Tapi teramat ler tak sedapnya mee kolok kat sini.

Kiranya best jugak ler percutian kali ni. Cuma ummi nak tagih janji kat abah..untuk cuti yang akan datang pulak..kita pi Jakarta @ Bangkok yea...Harap2 impian akan jadi kenyataan.