Friday, June 5, 2009

HANTARAN

Selepas minum petang bersama opah Chik, Opah chu, Opah Andak dan sepupu2 ummi yang lain tu, maka ummi pun bertanyakan pasal hantaran majlis pertunangan Mama Lynn. Yealah majlisnya Ahad ni..mesti dah nak siap hantarannya. Opah chik pun bagitau ler..rupa2nya tak siap lagi. Yelah..opah chik kan sibuk..dia ni ada kedai jahit..berdoyong orang hantar baju untuk ditempah..so semalam baru opah chik 'cuti' dari menjahit. Plannya nak buat hantaran ler. Memandangkan ummi pun dah datang..maka ummi volunteer ler nak tolong.. Ummi bukannya pandai sangat tapi boleh ler sikit2 menggubah dengan tangan ummi yang agak keras ni. Maka kami pun berbincang ler akan 'konsep' hantarannya. Mak Andak memang brilliant dalam bab-bab ni..Dia yang banyak bagi idea...So ptg tu jugak..ummi pi ke Chow Kit dgn opah chik, opah chu, Mama Lynn dan Ashman..cari barang2 yang dah dilistkan untuk dibeli.

Sesampai ajer kat umah opah chik..bermula ler tugas kami menggubah hantaran sampai ler ke malam. opah chik ajak ummi tido kat umah dia..mana boleh..tak plan kan..mana ada bawa baju..susu alya ..So selepas menikmati hidangan malam yang opah chik belanja kat Foodcourt kat umah dia tu..maka bertolak pulang ler ummi, alya dan opah. Kami tiba umah dah jam 10.30 mlm. Pulang dengan penuh kepuasan dan kegembiraan..kerana..dapat tolong opah chik menggubah hantaran..dan..pulang dengan kekenyangan! Terima kasih Opah Chik..belanja kami makan tadi. Ni ada beberapa foto berkaitan dengan peristiwa semalam.

Antara hantaran yang dah siap.

Tu kan cookies yang ummi buat..cantik lak bila dah siap gubah..Puji diri sendiri ler tu

Waktu dinner ramai2

Opah dan adik2nya..dari kiri..opahchik, opahchu, opah andak dan opah


No comments:

Post a Comment