Thursday, June 11, 2009

WAJAH BARU ALYA

Entri kali ni..selepas bercuti beberapa hari kerana pulang ke kampung...berkisahkan tentang puteriku yang sorang ni. setelah dipujuk beberapa kali..akhirnya puteriku nak potong rambut. Sebenarnya memang ler sayang nak dipotong rambut dia tu..yelah..sejak baby rasanya baru sekali dipotong..waktu umurnya 8 bulan. Rambut dia pun dah sampai pinggang. Sayang sangat2. Tapi memandangkan cuaca sekarang ni makin panas..ditambah pulak agak payah nak mengurusnya..seperti syampu..bilas..nak dikeringkan..nak disikat..apatah lagi nak diikat..so ummi pun nekad..balik kg kali ni mesti dipotong rambut si alya ni.

Mula2 ummi nak bawa alya pi potong rambut kat kedai amoi yang kaler hijau kuning tu..ummi memang biasa dengan amoi ni..tapi ramai ler pulak customernya. Kena tunggu pulak. Risau pulak kalau2 Alya mengamuk tak jadi potong rambut pulak. So ummi pun pi ler ke kedai nyonya tua. Setelah diselidiki dan disoalsiasat..rupa2nya kedai nyonya ni dah berusia 43 tahun..dan believe it or not..nyonya yang memotong rambut alya ni pun dan berusia lebih 70 tahun. Tengok ler kedainya tu..penuh dengan ciri2 salun dulu2..langsung tak dipengaruhi dengan arus pemodenan...Caya lah nyonya...

Ni gambar2 alya dalam kedai tu

Menanti penuh debaran...

alahai..sayangnya rambut...

Sejarah telah tercipta..rambut alya dipotong..

Dah pendek punnnnn...

kasi blow pulak...

Bergambar kenang-kenangan di pintu masuk 'saloon'

cunnya anak ummi....

Petang tu pulak..ummi pi Tesco Kampar dengan opah, opah cu, opah nyah dan Auntie shahirah. Alya sempat lagi posing dalam Tesco...yelah..nak melaram dengan rambut barunya tu lah.

Seronok sangat ler tu..hajat nak menolak troli tercapai

shopping mister potato, air soya dan panties alya

Time to pay...


No comments:

Post a Comment