Friday, June 5, 2009

ROTI PAUN

Dah lama rasanya tak buat roti paun..semalam ummi buat ler sebijik..untuk dimakan kat umah opah chik. Petang semalam ummi pi umah opah chik..hantar cookies yang ummi buat a day before tu..

Berbalik cite pasai roti paun ni..memang terlalu mudah membuatnya..takyah nak uli2..nak rehat2..ummi cuma guna breadmaker jer. Campak semua bahan2 dalam acuannya..tekan panelnya kepada roti instant..tunggu 2 jam..tau-tau..after 2 hours..roti siap untuk dimakan. Mudah kan. Resepi pun..ummi dapat masa beli breadmaker tu. Actually oven yang ummi beli ni bukan hanya untuk buat roti jer..dia juga boleh berfungsi macam oven biasa..membakar dan memanggang.

Ni ummi tunjukkan gambar2 proses membuat roti paun ni.

bahan2nya: 300ml air, 1 ct bread improver, 1 ct bread softener, 2cb gula, 2cb marjerin.
2cb susu tepung, 1ct garam, 500g tepung high protin, 2 1/2 ct yis
Cara2 : Campak aje dalam acuan ni.


Masukkan ke dalam oven dan tekan ler mode no 4 untuk roti instant. Maka 'bekerja' ler BM ni untuk 2jam..menguli..rehat..dan bakar

Ni..tinggal lagi 5 minit nak siap. Gebu kan...


Ini rupanya roti yang baru jer dikuarkan dari oven...selepas 2 jam dibiarkan 'menyendiri' di dalam oven


Ni dia roti yang telah siap dimasak...tinggal nak ngap jer..Amaran!..kena tunggu sejuk baru boleh dipotong..kalau nak cantik ler potongannya..kalau dah tak sabar..potong ajer tgh panas2 tu..

Ummi bawa ler seketul roti ni ke umah opah chik untuk dinikmati bersama2..tapi terlupa ler pulak nak amik gambar kepingan roti yang siap dipotong. Kami nikmati roti ni bersama dengan kari sardin+kentang+carrot yang mmg ummi dah siap masak sebelum datang tadi. Apa lagi takdan 10 minit..dah tinggal sebuk roti jer. Roti ni rasanya kan..ala-ala..roti benggali masa ummi kecik2 dulu tu. La ni payah nak cari roti benggali kan...So nasib baik ummi dah 'pandai' buat roti paun ni. At least lepas ler sedikit rindu nak jamah roti benggali.


No comments:

Post a Comment