Sunday, June 14, 2009

POKOK MANGGA BARU NAK BERBUAH

Pagi tadi..waktu balik dari sarapan tosei kat Precint 8..ummi teragak pulak nak snap gambar pokok mangga depan umah ni. Nak tunjuk kat abah alya sebenarnya. Mesti abah alya baca blog ummi ni kan....
Kenapa ummi beriya2 nak tunjuk kat abah alya gambar pokok mangga ni?? Sebabnya..selepas hampir lima tahun ditanam oleh abah alya..inilah kali pertama pokok ni mengeluarkan bunga dan seterusnya menunjukkan ciri2 nak berbuah. Punya ler lama tunggu. Masa beli anak pokok ni..tokei cina tu kata..dalam masa 1thn ke 1 1/2 tahun, pasti berbuah. Hampehhhh...
Actually..ummi ada dengar petua..kalau pokok tak berbuah-buah lagi..orang kata takik-takik sikit kat batang pokok. So ummi pun suruh atuk takik2. Alhamdulillah berkat disiram dek opah setiap hari..akhirnya berbunga gak pokok ni...mudah2an dapat ler jamah buahnya tak lama lagi.
Buat abah alya..tengok pokok jelah yea...ada rezeki..abah balik nanti..moga2 pokok ni berbuah lagi.

pokok yang dah berusia hampir 5thn

bunga yang kian mekar...

dah nampak putiknya...harap2 mau ler lekat sampai besar


No comments:

Post a Comment