Ummi nak cite apa yang berlaku ni. Mula2 cite pasai apa yang yang berlaku on 5th..ptg tu ummi sibuk siapkan muffins yang nak dibagi kat opah chik sempena majlis pertunangan Mama lynn. Ummi start berkubang kat dapur jam 3.00 ptg..Membancuh..membakar..sampai ler jam 6.30ptg. Semuanya dapat 260 biji muffins. Muffin ni sebenarnya untuk diberi buat semua tetamu yang hadir. Dimasukkan dalam beg bersama dengan 2 cenderamata yang lain yakni sapu tangan yang digubah ala-ala mcm cupcake dan bekas untuk handphone yang dibeli di Jakarta.
Dalam jam 7 ummi berangkat ke umah opah chik..hantar muffins ni dan juga carpet. Malam tu ummi tido kat sana. Tolong packing muffins dan buat apa2 yang patut. Kami tido kat jam 3 pagi.
Esok paginya..yakni 6th (Sabtu)..ummi balik ke rumah..siap2 untuk ke Klang pulak..ada majlis perkahwinan anak sepupu Abah Alya..iaitu abang Am..So bersama2 dengan atuk, opah dan alya..ummi ke sana pulak. Meriah sungguh makanannya..style gerai gitu..ada gerai nasi minyak..nasi kandar mamak..ABC..BBQ-ayam dan kambing...pencuci mulut- bubur caca dan rambutan...Ramai sedara mara dari segamat datang..Kami tunggu sampai pengantin tiba..
Bertolak balik dalam jam 2 ptg.
..sibuk jer mat bangla tu interframe
Balik jer umah..ummi dapat ler lelap kejap..merlepaskan lelah. Ptg tu kami pi pulak ke umah opah chik..Auntie ella buat kenduri tahlil dan bacaan yassin kat dewan bawah umah opahchik tu. Malam tu..kami semua berkubang kat dewan tu..opahchik sewa dewan tu untuk majlis pertunangan MamaLynn. Nyah Ti dari Sandakan pun dah tiba. Keluarga dari kampung..tok we..opah yang..mak long..tiba malam tu jugak. Malam tu kami sibuk buat persiapan terakhir seperti siapkan beg cenderamata, touch up hantaran..pasang khemah..pasang pelamin..dekat jam 3 pagi juga baru lelap. Tidur pun di dewan. Seronok gak..dapat berkumpul ramai2 gitu.
Ni gambar2 sekitar majlis pertunangan MamaLynn
Ni gambar2 sekitar majlis pertunangan MamaLynn
Memandangkan tema...oren kaler..Tok Nuar dan Pakngah Wazir sempat bergurau..
ala-ala tok sami..Ha!ha!ha!
Trend orang masa sekarang..orang lelaki pun dapat cincin..tok nuar sedang menyarungkan cincin kepada Uncle Yann
So..dengan tersiarnya foto2 di atas..maka tamat ler sudah cite tentang kesibukan ummi sepanjang 2-3 hari yang lalu.
Hari ni..after lunch..opah, atuk, ummi dan alya akan balik ke kampung di Perak. Opah dah rindukan rumah dan anak cucunya yang ada di Perak. ini bermakna ummi akan bercuti meng'update' blog. Sebabnya..kat kampung takde internet....So jumpa lagi khamis ni..Balik 4 hari jer.
No comments:
Post a Comment