Tuesday, June 16, 2009

ALYA AMANI

Dah macam anak dara sunti pulak memakai kaftan ni.

ENTAH kenapa malam ni rasa nak menulis tentang anak ummi yang sorang ni. Rasa sekejap benar masa berlalu..anak ummi ni dah pun berusia 3 tahun lebih.

Alya ni seorang kanak2 yang agak aktif. Sejak umurnya 2 tahun, ummi mesti pasangkan tali keselamatan kat tangannya dan bersambung ke tangan ummi...bukannya apa..ummi takut kehilangannya. Bila jejak je kaki kat mana2 pasaraya..biasanya Alya terus berlari di celah2 orang ramai. Tak terkejar ummi. Biarlah orang nak kata apa...yang penting anak ummi selamat dan sentiasa di samping ummi. Tapi semenjak dua menjak ni..alya dah taknak pakai tali ni..cuma ummi akan pastikan tangannya sentiasa dipegang.

Alya amat menggemari kartun...channel astro 613 dan 616. Sampaikan ummi terpaksa pasang satu lagi astro kat dalam bilik pulak..nak bagi chance kat orang lain dalam umah ni tengok tv gak. Kalau tak..alya jelah yang conquer tv..tengok cerita kartun jer. La ni..tv dalam bilik ni hak milik mutlak Alya. Celik je mata..perkataan pertama yang kuar..'nak tengok kartun'...kalau kartun tu tak best.. ayat yang biasa digunakan..'nak kartun lain'..maknanya ummi @ sesape jelah..kena tukarkan ke channel kartun lain pulak. Tengah malam kalau terjaga pun..sanggup kejutkan ummi minta on kan tv nak tengok kartun...Hishhh...budak ni..tengah2 malam pun nak tgk kartun..kes melampau..sori..ummi no layan punya.

Ada baiknya juga dia suka tengok kartun ni...terpengaruh dengan bahasa inggerisnya. She's good in English. Banyak vocab yang dia tahu. Semuanya belajar dari kartun. Kalau ummi yang nak ajar..payah..alya taknak ikut. Kalau dia tengah tengok kartun..kita panggil pun tak nyahut..hatta rasanya kalau gempa bumi melanda msia ni..takkan dipedulinya kalau sedang menonton kartun kegemarannya seperti Little Einsteins, Handy Manny, Pocoyo, Tom n Jerry, Pink Panther, Nouddy, Mickey Mouse dll.

Jumaat akan datang ni...cukup 3 minggu alya tak pakai diapers. Bulan 12 tahun lepas ummi pernah le try nak ajar dia tak pakai diapers...asyik 'terlepas' jer. Lastly..ummi kata..pakai jelah diapers tu..bukan apa..tak sanggup ummi 15 minit sekali mengemop lantai. Tapi alhamdulillah.. kali ni senang ler pulak nak train dia. Tapi bila nak tidur malam..still kena pakai lagi diapers tu. Taknak ler ummi buat experiment pulak...tak larat nak jemur tilam hari2 pulak. Biar lah..rasanya tiba suatu masa nanti, pasti alya akan bebas sepenuhnya dari pemakaian diapers.

Nak cerita bab makan pulak...hari2 mesti nak pekena nasi...lauk tak kisah. Yang penting wajib ada ikan goreng. Sehari at least 2 ekor ikan goreng untuk dia. Kalau ada sup..bertambah2 makannya. Ada pulak masak lemak ketam...3 kali sehari makan. Ummi suka tengok dia makan.
Pantang nampak McD..mesti suruh singgah..pekena bubur ayam. Suka bebenor dia.

Kadang2 ummi suka usik dia...buat2 kononnya ummi tak sayang dia...melalak bukan main kuat. Merayu ummi supaya cakap yang ummi sayangkan dia. Selagi tak cakap..selama itu ler menangis terisak2. Kesian ler pulak.

Alya...tak pernah sesaat pun ummi tak sayang alya. Setiap detik..kasih sayang ummi makin bercambah mekar untuk alya. Ummi sayang alya sepenuh jiwa ummi. Ummi doakan semoga Alya menjadi anak yang solehah, bijak. Ummi doakan semua yang terbaik untuk alya.
I love you so much....

1 comment:

  1. salam...

    anak saudara lieza yang di Malaysia juga, sama seperti Alya, cukup asyik melihat kartun..tapi hasilnya itulah..petah berbahasa Inggeris.

    anak-anak pelajar Malaysia kat sini pun..belajar bahasa Inggeris dengan cara yang sama... banyak menonton cerita kartun dalam bahasa Inggeris..dan tidak terkecuali anak kami.

    ReplyDelete