Monday, June 1, 2009

PAGI ISNIN YANG AGAK SIBUK

Pagi ni agak sibuk buat ummi..bukannya sibuk menda..sibuk kuar ke bandar baru bangi berurusan dengan bank. Bangun jer subuh tadi..solat subuh..kira subuh gajah ler..terlajak tido..dekat jam 7 pagi baru terjaga. Terus ummi kira duit kelab guru untuk dibank in, pastu pilih2 gambar untuk dicuci..kira bil api, air, tel dan streamyx...terus kejutkan alya suruh mandi untuk kuar pagi ni. Alya punya ler mengamuk..yealah tgh syok2 tido..kena kejut. Mlm tadi dia pun tido lambat dekat jam 12mlm... teman ummi tgk movie kat HBO.

So tanpa bersarapan...mmg plan nak pekena nasi dagang kat kedai tepi pejabat pos..maka berangkat ler kami 3 generasi..alya, ummi dan opah ke bb bangi. Mula2 tuju ke pej pos..bayar bil via Drive thru..jgn ingat MCD je yang ada drive thru.. pej pos pun la ni dah ada tau. Altogether untuk bil RM245.95. Pastu singgah sarapan kat kedai ala2 pantai timur..ummi pekena nasi kerabu, opah..nasi dagang..alya nasi putih dgn ikan. Bila dah kenyang..kami meneruskan perjalanan ke Maybank pulak..alahai tak jauh sebelah pej pos tu jer. Umi bank in duit kelab guru.

Pastu destinasi seterusnya ke Tabung Haji. Opah nak masuk duit opah dan atuk..ummi pun masuk ler sikit untuk alya dan ummi. Bulan ni ummi kena kutu..so simpan untuk hari muka.

Lepas tu..ummi pi pulak kedai gambar cuci gambar2 alya waktu cuti2 ke Kuching, pi zoo dan juga gambar2 Tokbah. Petang nnt baru siap. Alya sempat pekena ummi..nak bubur ayam McD. Balik jer terus singgah kedai..beli bhn2 utk dimasak hari ni. hari ni ummi teringin nak makan meehoon soto tulang. Sampai jer umah..terus selinsing tangan baju..terus memasak. Ni ler rupanya masakan ummi hari ni. Kira sedap ler jugak.Siap ada pegedil dan sambal kicap manis2 pedas.

MEEHOON SOTO TULANG



5 comments:

  1. sedapnya..dah lama tak makan makanan begini.

    ReplyDelete
  2. ..Ina masak memang sedap.. dah pernah rasa masakan Ina dulu..Hopefully satu hari nanti dapat rasa lagi...:)

    ReplyDelete
  3. To kak long and lieza..nak rasa masakan ummi ..jemput ler ke umah.

    ReplyDelete
  4. ..Insya Allah bila dah berada di Malaysia..kami satu keluarga akan bertandang ke rumah Ina.. jangan lupa ya..kami oder,,MeeHoon Soto Tulang..

    ( terliur juga..tengok...gambar tu.., tak pe..esok ingat nak buat sup ekor.., tak sama..tapi lebih kurang serupa la.: )..

    ReplyDelete